20090101

Cerita Temenggong Jugah Pergi London


Pada tahun '60an zaman P Ramlee dulu, ada seorang pemimpin dari Sarawak bernama Tun Jugah Anak Barieng (1903 - 1981) atau sering dipanggil semasa itu Temenggong Jugah. Beliau merupakan Ketua Utama Orang-orang Iban selama 55 tahun dan digelar Apai bermakna bapa.

Temenggong Jugah atau kita panggil Apai untuk pendik memenangi kerusi ahli Parlimen pada pilihanraya Malaysia pertama pada tahun 1963, dan menjadi Menteri Hal Ehwal Sarawak.

Kalau tengok gambar Leo Moggie, berbeza dari Temenggong Jugah. Kenapa Leo Moggie tidak bangga dengan pakaian jatidiri Iban? Dengan luaran Iban, dia berperanan dalam sejarah awal negeri Sarawak. Besarnya Apai kepada Orang Iban hingga Yayasan Orang Iban diberi namanya untuk mengenangkan jasanya.

Ceritanya, Tunku Abdul Rahman membawa Apai ke London untuk rombongan rasmi melawat Queen Elizabeth II. Itu adalah pertama kali dia ke London. Dia tidak tahu berbahasa Inggeris. Queen menjemput mereka ke satu Majlis Malan Malam di Raja di Buckingham Palace.

Hidangan pertama adalah sop. Pelayan itu menghidangkan Apai sop. Apabila dilihat mangkuknya sudah habis, pelayan itu bertanya, "Would you like any more soup, sir?"

Apai tak tahu nak cakap apa. Dia tak faham apa yang dikatakan, cuma faham perkataan soup. Ingatkan dia ditanya sedap ke tidak sop itu, dia hanya mengangguk dengan sopan sambil menyebut, "Soup soup ..."

Ingatkan dia mahu lagi, pelayan itu menambah lagi sop dalam mangkuknya. Dah terpaksa dia menghirup lagi sop. Zaman itu, pantang orang membazir makanan.

Apai lihat orang lain sudah dihidangkan salad yang berisi dengan makanan laut. Cepat-cepatlah dia hirup sop itu.

Habis saja, pelayan itu berkata, "You must love the soup, sir. Would you like some more?"

Sekali lagi dia menganngguk sambil menjawab, "Soup soup ..."

Dituang lagi sop dalam mangkuk. Terpaksa Apai menghirup sop, tak mahu membazir.

Tun Dr Ismail, Tun Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin hairan kenapa Apai masih menghirup sup. Mereka sudah habis salad dan sedang menunggu hidangan ke tiga stik. Malas bertanya kerana tak mahu malukan dia. Apai pun agak kurang bercakap.

Apai sedar orang lain dah habis hidangan kedua. Semasa dia menghabiskan mangkuk ketiga sopnya, dia lihat pelayan-pelayan lain tengah membawa masuk hidangan stik kepada mereka-mereka yang lain.

Apabila dia habis saja menghirup sop mangkuk ketiga, pelayan itu bertanya dengan hormat, "Sir, you missed the second course, and they are now at the third course, which is steak. Would you still like to have the salad or steak now? Or you still prefer more soup?"

Apai melihat kepada pelayan itu sambil bercakap, "Berapa kali kau nak kasi aku sop? Aku nak makan daging. Sop, sop, sop, nak aku potong kepala ...?"

Tun Tan Siew Sin yang duduk disebelah hampir nak tergelak. Baru faham dia tidak tahu bahasa Inggeris. Dia pun beritahu pelayan, "I believe he would like to have the steak now."

Husin bukan mahu mengingatkan kita mengenai kelemahan Temenggung Jugah.

Semasa kita nak merdeka, 70% dari rakyat yang kebanyakkan orang Melayu dan Kaum-kaum di Sabah dan Sarawak adalah miskin. Kebanyakkan rakyat luar bandar tidak ada air, dan letrik di rumah. Kemudahan sekolah kurang. Inikan nak bercakap bahasa tuan dan mem.

Kadang-kadang bila didesak-desak dan dimintak-mintak anak-anak, Husin keluarkan perkataan dari cerita ini, "Nak aku potong punai?" Maksudnya sunat. Berhenti mereka.

Wow! Husin lagi untung berniaga dalam aman dan tenteram dari ada potong-potong ...

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com