20090102

Selamat Tahun Baru 2009.

Di kesempatan ini, penulis mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada rakan-rakan sekalian.

Semoga tahun 2009 membawa erti yang lebih bermakna untuk kehidupan kita semua. Dalam masa yang sama, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di bumi Palestin dan Lebanon.

Di harapkan agar mereka sentiasa tabah dan sabar untuk menghadapi segala dugaan yang telah dan bakal menjelma.

Penulis mengalu-alukan usaha Pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) yang akan menerajui "'Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel" menerusi satu perhimpunan secara aman gabungan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pada Jumaat ini, 2hb Januari 2009.

Penulis juga berharap agar parti-parti politik yang lain dapat melupakan buat seketika perbezaan ideologi masing-masing dan bersama-sama pada hari Jumaat ini untuk menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa seluruh rakyat Malaysia amat prihatin kepada kesengsaraan bangsa Palestin.

Jika ada kelapangan, marilah kita bersama-sama hadir pada jam 2.30 petang, di Kedutaan Palestin, Jalan U Thant off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 2hb Januari 2009 ini.

MINDA INTELEK MELAYU

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com