RAMAI RAMAI DAN RAMAICukup ramai yang datang di waktu penamaan calon. Yang bestnya berpuluh bas dibayar untuk
membawa orang orang gerombolan.
Penyokong Pakatan datang dengan duit sendiri. Tidor tumpang-tumpang. Satu bilik sampai 15
orang.
Para gerombolan sudah ambil semua bilik bilik hotel di KT.
BLOGGERSPara bloggers berkumpul di Hotel Ming. Sempat sembang kejap sengan Raja Petra
a.ka. musuh ketat Rosmah Mansor.
Haris Ibrahim pun ada. Yang lain ramai. Mister Gan pun ada. Mereka dapat bilik kerana
Raja Petra ini orang Ganu makang ikang. Kita yang tak berasal dari Ganu
kawan kena tidor menumpang.
MCA DAN URUTMula-mula terdengar bunyi bising. Ingatkan ada apa. Rupa rupa-rupanya MCA sedang mencuba
panggil orang datang berkumpul.
Caranya:
ADAKAN KUIZCONTOH SOALAN: Siapakah Perdana Menteri Pertama Malaysia?
atau - Apakah nama Pulau di hadapan Kuala Terangganu?
atau - Siapa nama Presiden Amerika yang baru?
Kemudian sudah menang hamper ada 'service' urut. Sesiapa yang datang ada pula 'urut free' -
urut jenis apa tidak pula diketahui.
Tapi tak nampak pun orang yang datang.
BEKAS PORN STARSecara tak sengaja terserempak dengan bekas porn star MCA. Kesian tak ramai macai
mengeliling mamat ini -hanya ada driber dan seorang tambi yang mungkin dari
parti Pundek Pundek Pundek.
Mamat porn ini datang ke tempat urut dan kuiz MCA. Mungkin nak gunakan pengalaman kena
urut dulu untuk bakal pengundi KT.
SIAPA AZAHARUDIN MAMATAnak Mamat ini calon bebas. Pasti di sponsor oleh gerombolan untuk pecah undi.
Macam kes yang terjadi pada Mat Sabu - gerombolan sponsor Mak Cik Tukang Urut.
UNDI POSIni musuh besar Pakatan Rakyat. Ada 1000 undi pos. Ketika Mat Sabu bertanding pada
8 March dahulu dia hanya dapat 75 undi.
Inilah hakikat undi pos yang kita tidak tahu hujung pangkal.
CUACACukup baik. Nyaman. Berangin. Matahari bersinar.
Chukai baik.
Kuala Besut panas.
Dungun panas.
Waktu malam di Jertih dan Kuala Besut paling best.
Banyak gerai ikan segar dan kopi jantan.
Untuk minuman pagi Nasi berlauk dan nasi dagang jadi tumpuan.
Tetapi awas - masakan di sini manis. Tak tahu apa pasal
orang sini bubuh gula dalam masakan.
AWEK GANUAwek Ganu memang cun - pakai jean, baju-t dan sneakers dan pakai tudung.
Sori laaa awek UM dan awek UPM - mereka kalah kerana gedebab pakai baju kurung.
RELAXKalau bosan dengan politik di KT sila naik kereta pergi Pantai Penarik. Ombak kuat tetapi pantai landai dan luas.
Terbaik - makan sotong dan ikan kembung bakar. Sotong mahal sikit kerana bukan musim.
Udang juga agak mahal kerana musim tengkujuh belum tamat.
PASAR IKANSesiapa yang hendak pulang ke Kuala Lumpur di cadangkan berhenti semalam di Kuala Besut.
Bilik sewa banyak dan murah. Di pengkalan waktu petang ada udang naik.
Jam 6.00 pagi nelayan dari laut datang membawa ikan yang baru di tangkap.
Jangan lewat nanti hanya dapat ikan Siam dan bukan ayam Siam.
Kalau lebih rajin sila pergi ke Tok Bali - sempadan kelantan - 10 kilometer dari Kuala
Besut. Banyak ikan naik waktu malam dan waktu pagi.
DISEBELAH KETIKA MENGETIKAda Mamat sedang melihat lihat apa yang sedang ditulis. Mamat ini sedang melihat You Tube.
Ini di kawasan yang bukan kawasan kota. Inilah pengaruh internet.
Mamat ini mungkin tidak bersekolah.Umur bawah 17 tahun. Dia mendengar lagu-lagu dang dut dari Indon.
Sambil menonton dia juga menyanyi sama.
Tukar Tiub terhibur.
NAJIB NAJIB NAJIBPenyokong gerombolan datang semua hendak tunjuk muka kepada Najib.
Semua hendak kenalkan diri kepada bakal PM.
Ini berbeza dengan penyokong Pakatan. Mereka datang untuk berkempen.
POSTER ALTANTUYAIni klasik. Poster ini sedang menjadi ' colector item' - semua wartawan di KT
sedang mencari-cari poster ini. Tukar Tiub masih belum melihat
poster ini.
NAJIB DAN ALTANTUYARTM melapor bahawa Najib telah berkata 'kes Altantuya' ditimbulkan
di PRK ini kerana pihak Pakatan tiada 'isu'.
Tetapi persoalan yang timbul di kalangan pemerhati politik -
KENAPA RTM MEMAINKAN ISU ALTANTUYA INI.Selalunya kalau berita berita macam ini langsung TIDAK dilapor.
Ada apa-apa ajenda dari Kemaman.