20081004

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1690

Messages In This Digest (5 Messages)

Messages

1.

Fw: Re: [ReSpONs] Semua manusia adik-beradik - Mursyidul Am

Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com   azham_917

Fri Oct 3, 2008 6:25 am (PDT)



--- Pada Rab, 1/10/08, Mann Trex <manntrexe@yahoo.com> menulis:

Daripada: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
Subjek: Re: [ReSpONs] Semua manusia adik-beradik - Mursyidul Am
Kepada: ReSpONs@yahoogroups.com
Tarikh: Rabu, 1 Oktober, 2008, 7:55 AM

Salam alaik,

Memang tiada tempat di dalam agama Islam bagi falsafah asabiah. Dan tiada tempat di dalam Islam bagi mereka yang menyangka dirinya lebih mulia kerana bangsa, bahasa, harta, pangkat, rupa, jantina dan keturunan.

Kemuliaan di sisi Allah bagi Umat Islam adalah berdasarkan TAQWA, AMALAN SOLEH dan AKHLAK.

Namun, Sifat Rahman Allah memberi manfaat merangkumi segenap manusia tanpa mengira agama untuk:
1. Ibu yang mengandung dan yang menyusukan anak
2. Bapa yang menyediakan makanan untuk keluarga
3. Anak-anak yang berbakti kepada ibubapa mereka
4. Orang yang berlaku baik kepada jirannya
5. Orang yang bangun awal mencari rezeki
6. Orang yang tidak menzalimi binatang dan manusia
7. Orang yang suka membantu orang cacat, orang sakit dan orang susah
8. Orang-orang yang menuntut ilmu dan yang suka berfikir darinya
9. Orang-orang yang meneliti kejadian alam
10. Orang-orang yang berbudi bahasa

Sesiapa sahaja Muslim atau Kafir tetap akan dapat manfaat yang setimpal mengikut usaha mereka di dalam dunia darul-asbab ini kerana Sifat Rahman Allah Empunya Alam.

Namun nikmat yang tertinggi sekali adalah NIKMAT BERIMAN KEPADA ALLAH. Manakala tanpa kesyukuran, tiada manfaat baginya walaupun dilahirkan di dalam keluarga Muslim.

Petanda orang beriman dan bersyukur adalah TAQWA, AMALAN SOLEH dan AKHLAK. Maka manfaat perlakuannya di dunia akan mengikutnya sehingga ke Alam Akhirat. Dia mendapat tempat yang mulia di sisi orang-orang yang dimuliakan Allah buat selama-lamanya.

------------ --------- --------- --------- --------- ------
--{ Free Local & International News }--
........ www.MalaysiaKu. com .........

--------{ Free Islamic Reference }--------
........... www.Nurislam. com ...........
------------ --------- --------- --------- --------- ------

--- On Wed, 10/1/08, umar faruqi <faruqi03@yahoo. com> wrote:

From: umar faruqi <faruqi03@yahoo. com>
Subject: [ReSpONs] Semua manusia adik-beradik - Mursyidul Am
To: respeks@yahoogroups .com, tipah@yahoogroups. com, kayangan@yahoogroup s.com, SahabatInteraktif@ yahoogroups. com, mahligai@yahoogroup s.com, bersamamu@yahoogrou ps.com, blalang_group@ yahoogroups. com, keluarga_melayu@ yahoogroups. com, keluarga02@yahoogro ups.com, melayucyber@ yahoogroups. com, melayusiber@ yahoogroups. com, rampai_iklan@ yahoogroups. com, respons@yahoogroups .com, kejayaan_sihatceria @yahoogroups. com, uitm-melaka@ yahoogroups. com, azhariyeeiin@ yahoogroups. com, iklanbebasku@ yahoogroups. com, usahawan_cyberia@ yahoogroups. com, MANGKUKHAYUN@ yahoogroups. com, mymasjid@yahoogroup s.com
Date: Wednesday, October 1, 2008, 6:38 AM

Semua manusia adik-beradik - Mursyidul Am

Abdul Aziz Mustafa
Wed | Oct 01, 08 | 11:03:20 am MYT

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Semua manusia seluruh dunia adalah "adik-beradik sebenarnya" tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu, Cina, India, Amerika atau Orang Asli kerana semua mereka adalah adalah anak cucu Adam a.s dan Hawa, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perutusannya sempena Eidulfitri.

Iklan
 

 

 
 
"Tidak ada lebihnya bangsa Arab berketurunan Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Orang Asli kecuali hanya dengan taqwa kepada Allah, sujud kepada Allah Tuhan yang Maha Meliputi sekelian alam.

"Sumber hidup keseluruhan ini adalah anugerah Allah s.w.t. Ia tidak dapat dijual dan tidak dapat dibeli," kata Menteri Besar Kelantan itu.

Begitu juga, kata beliau, dengan pelbagai bulan di dalam taqwim di mana dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup manusia sarat dengan perhambaan kepada Allah s.w.t.

"Sebenarnya, baik dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup kita ini sarat dengan pelbagai aktiviti perhambaan. Kita mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap keadaan.

"Menyambut Hari Raya pun adalah merupakan ajaran agama. Makan minum, berpakaian cantik, suka-ria di hari raya sama ada Eidulfitri atau Eiduladha; semuanya itu adalah ajaran agama.

"Teriak tangis di waktu dinihari, sedu-sedan sebelum subuh meminta diampunkan segala dosa, diselamatkan dari godaan nafsu dan sabar menghadapi segala karenah manusia baik mukmin, fasik, kufur dan lebih-lebih lagilah yang munafik; pun adalah ajaran agama," kata Tuan Guru.
Begitu juga, katanya, dengan kesedaran terhadap lafaz berbunyi: "Ya Allah mujurnya ada ajaran-Mu dan puasnya hatiku mendengar nasihat Nabi-Mu yakni Muhammad s.a.w.�

"Semuanya ini berupa pengabdian," katanya lagi.

Beliau mengucapkan kesyukurannya kepada Allah yang telah mendatangkan lagi Ramadhan "untuk kita menghirup udara kerahmatan, keampunan dan maghfirah yang sangat mulia".

Lebih penting dari itu, katanya, adalah kesedaran untuk mengambil kesempatan keatas janji-janji gandaan pahala yang ditawarkan oleh-Nya.
"Dengan segala kesedaran dan isi kandungan kesyukuran seperti yang kita sebutkan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf jua seadanya," kata Tuan Guru.

Pada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Pada pengkagum Mahathir, satu hari Mahathir akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Husam Musa, satu hari Husam Musa akan mati. Pada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.

ym : mr_respeks

weblog : http://respeks. blogspot. com
webgroups : http://groups. yahoo.com/ group/respeks

Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
2.

Fw: [ReSpONs] Darjat Suami

Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com   azham_917

Fri Oct 3, 2008 6:29 am (PDT)



--- Pada Rab, 1/10/08, umar faruqi <faruqi03@yahoo.com> menulis:

Daripada: umar faruqi <faruqi03@yahoo.com>
Subjek: [ReSpONs] Darjat Suami
Kepada: respeks@yahoogroups.com, tipah@yahoogroups.com, kayangan@yahoogroups.com, SahabatInteraktif@yahoogroups.com, mahligai@yahoogroups.com, bersamamu@yahoogroups.com, blalang_group@yahoogroups.com, keluarga_melayu@yahoogroups.com, keluarga02@yahoogroups.com, melayucyber@yahoogroups.com, melayusiber@yahoogroups.com, rampai_iklan@yahoogroups.com, respons@yahoogroups.com, kejayaan_sihatceria@yahoogroups.com, uitm-melaka@yahoogroups.com, azhariyeeiin@yahoogroups.com, iklanbebasku@yahoogroups.com, usahawan_cyberia@yahoogroups.com, MANGKUKHAYUN@yahoogroups.com, mymasjid@yahoogroups.com
Tarikh: Rabu, 1 Oktober, 2008, 7:03 AM

Darjat Suami....... . Peristiwa ini dah lama berlaku tapi masih teringat teringat lagi hingga sekarang. Aku memang telah banyak kali membuat umrah dengan suami ku. Pendek kata segala ceruk di Makkah tu aku tahu lah. Tapi tulah jgn rasa takbur ........

Pagi hari selepas solat subuh aku cakap gan suami aku... Bang I nak buat umrah lah pagi ni, suami ku berkata kita buat petang lah. Pagi ni kita rehat sambung nya. Aku marah dan berkata pada nya datang jauh2 nak rehat aje. So dia kata kalau u nak pergi, pergi lah sendiri.

Aku pun beredar dan menuju ke bus stand untuk pergi ke Tanaim. Pusing punya pusing aku x jumpa bus stand, aku tak tahu aku berada di mana, tempat semua nya agak asing bagi ku. Aku bercakap sendirian x kan aku sesat aku dah biasa tempat ni. Dah hampir 1/2 jam ke 1 jam aku berpusing2 tanpa tahu aku di mana. Dan akhir nya aku hanya berdoa pada Allah ya Allah gerak kan lah hati suami ku mencari aku dan tak semena2 dalam masa 10 minit suami aku jumpa aku. Suami aku tersenyum nampak aku dan dia berkata dia x sedap hati ingin mencari aku dan aku pun rasa gembira sangat bertemu dia. Kuasa Allah semua nya ........

Pengajaran untuk aku dan mungkin semua isteri isteri walau pun kita nak buat ibadat (yang sunat) tapi suami melarang nya baik lah x usah. Kerana darjat suami memang tinggi...... . Hormati lah dia dan sayangi lah dia sepenuh nya seperti kita mengasihi diri kita.

Takut untuk melakukan kali kedua hehehehehhe. .....

http://sheridah. blogspot. com/

Pada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Pada pengkagum Mahathir, satu hari Mahathir akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Husam Musa, satu hari Husam Musa akan mati. Pada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.

Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
3a.

Fw: [ReSpONs] SIAPA "ABU BASIR" DALAM PAKATAN RAKYAT????

Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com   azham_917

Fri Oct 3, 2008 6:51 am (PDT)

... hak Islam itu sebenarnya adalah lebih utama diperkenalkan dan disebar-luaskan daripada ianya hanya untuk dipertahankan ...

--- Pada Rab, 1/10/08, umar faruqi <faruqi03@yahoo.com> menulis:

Daripada: umar faruqi <faruqi03@yahoo.com>
Subjek: [ReSpONs] SIAPA "ABU BASIR" DALAM PAKATAN RAKYAT????
Kepada: respeks@yahoogroups.com, tipah@yahoogroups.com, kayangan@yahoogroups.com, SahabatInteraktif@yahoogroups.com, mahligai@yahoogroups.com, bersamamu@yahoogroups.com, blalang_group@yahoogroups.com, keluarga_melayu@yahoogroups.com, keluarga02@yahoogroups.com, melayucyber@yahoogroups.com, melayusiber@yahoogroups.com, rampai_iklan@yahoogroups.com, respons@yahoogroups.com, kejayaan_sihatceria@yahoogroups.com, uitm-melaka@yahoogroups.com, azhariyeeiin@yahoogroups.com, iklanbebasku@yahoogroups.com, usahawan_cyberia@yahoogroups.com, MANGKUKHAYUN@yahoogroups.com, mymasjid@yahoogroups.com
Tarikh: Rabu, 1 Oktober, 2008, 6:36 AM

SIAPA "ABU BASIR" DALAM PAKATAN RAKYAT????
Dilulus terbit pada Wednesday, October 01 @ 16:34:47 MYT oleh greenboc
Oleh al-bakistani

"
Dalam sirah, tercatit kisah berkenaan perjanjian hudaibiyyah yang telah dimetrai sendiri oleh Rasulullah SAW dengan seorang tokoh kuffar yang bernama suhail bin Amr.

Dalam perjanjian itu, ramai dari kalangan sahabat mendakwa bahawa ianya adalah berat sebelah. Dakwaan itu bermula apabila salah satu perjanjian itu menyatakan bahawa, mana-mana orang Makkah yang masuk islam, lalu lari ke madinah, maka wajib dari kerajaan islam madinah menghantar orang tersebut ke makkah.

Perjanjian itu diterima oleh Rasulullah SAW dengan hati terbuka, tetapi agak tidak berpuas hati oleh sebilangan besar para sahabat rasulullah. Gambaran tidak puas hati itu lebih terserlah apabila salah seorang sahabat nabi SAW yang berasal dari makkah, lalu masuk islam di makkah dan lari ke Madinah, iaitu Abu basir. 

Apabila perjanjian itu telah dimetrai oleh nabi SAW, menyebabkan dua tokoh kuffar yang bernama Al-Azhar dan Al-Akhnas bin As-Syariq As-saqafi telah datang berjumpa dengan nabi SAW untuk meminta agar diserahkan Abu basir kepada mereka. (Gambar disebelah ialah artifek Perjanjian Hudaibiyah - GB)

Nabi SAW dengan hati terbuka telah memanggil Abu Basir, meminta agar beliau mengiktu sahaja dua kafir itu untuk kembali ke Makkah. Tindakan Nabi SAW itu mendapat tentangan hebat dari para sahabat, tetapi tidak diendahkan oleh Nabi SAW disebabkan perjanjian yang telah dimetrai, islam mewajibkan ditunaikan. 

Sabda nabi SAW;

 الْمُسْلِمُونَ عِنْدَ شُرُوطِهِمْ 

Maksudnya;
          "Orang islam itu disisi syarat mereka[1]" 

Abu Basir pun pada asalnya tidak mahu mengikut dua orang kafir itu, tetapi disebabkan Nabi SAW tidak redha Abu Basir berada di madinah, menyebabkan beliau terpaksa akur. Dalam perjalanan ke Makkah, sebilangan orang-orang Badwi telah datang berbual-bual dengan Abu Basir, menyebabkan Abu Basir meminjam senjata kepunyaan si badwi.

Apabila memegang senjata itu, menyebabkan Abu Basir menggunakan kesempatan itu menikam Al-Azhar, iaitu salah seorang dari kafir yang datang mengambilnya. Apabila mati Al-Azhar menyebabkan Al-Akhnas takut dan lari ke Madinah berjumpa dengan Nabi SAW dan melaporkan berita tersebut kepada Baginda SAW. 

Mendengar laporan itu, baginda SAW menyatakan tidak akan bertanggungjawab terhadap perbuatan Abu basir, kerana ia berada diluar kawalan Baginda. Jawapan nabi itu menyebabkan Al-Akhnas hampa dan terus pulang ke Makkah dalam ketakutan.  

Selepas Al-Akhnas berlalu pergi, maka datang Abu Basir kepada Rasulullah SAW dan melaporkan tindakannya yang telah membunuh Al-Azhar. Baginda SAW juga menyatakan bahawa Baginda tidak bertanggungjawab terhadap perbuatannya, disamping tidak ridha Abu Basir berada di Madinah. 

Keadaan itu menyebabkan Abu Basir telah melakukan satu gerakan di persisiran pantai untuk menghalang para arab Quraish makkah untuk berniaga. Tindakan Abu basir dan pengikutnya menyebabkan ekonomi makkah lumpuh, sehingga para kafir ketika itu telah berjumpa dengna Baginda SAW untuk membatalkan salah satu kandungan perjanjian Al-Hudaibiyyah yang tidak membenarkan orang islam Makkah berada di Madinah. 

Sejak dari itu, orang Islam di makkah sudah mudah berada di Madinah, menyebabkan antara orang Makkah dan Madinah sering berurusan sehingga mereka berjaya melakukan usaha dakwah yang kuat, menyebabkan sepuluh tahun selepas dari perjanjian tersebut, islam buka sekadar memerintah di madinah, tetapi Makkah juga telah menjadi kepunyaan islam. 

PENGAJARAN 

Dari kisah ini, kita dapat melihat inilah kebijaksanaan politik nabi SAW dalam berusaha hendak menguasai makkah dengan pelbagai toleransi yang telah dilakukan oleh Nabi SAW. Keadaan ini amat sama berlaku dalam pakatan rakyat yang baru ditubuhkan selepas dari Pilihanraya ke 12. 

Memang tidak dinafikan, dalam pakatan rakyat, banyak perkara islam agak kurang berjaya dilaksanakan. Tetapi, sebenarnya, kita perlu kuatkan usaha kita dalam memahamkan rakyat dengan islam, agar Islam dapat memerintah di Malaysia, seperti islam memerintah makkah selepas dari kejadian Perjanjian Al-Hudaibiyyah. 

Dalam kisah perjanjian Al-hudaibiyyah, kita dapat melihat Abu Basir menjadi penyebab keadaan ekonomi dan situasi politik orang di Makkah tergugat, maka keadaan di Malaysia agak sama berlaku, apabila kehadiran Anwar Ibrahim penyebab pihak BN tergugat. 

Dalam kes perjanjian Al-hudaibiyyah, nabi bijak dalam berinteraksi dengan tidak mudah melatah, tetapi megambil sikap agar menyelamatkan Madinah dengan tidak menjemput Abu Basir duduk di Madinah selepas dari membunuh salah seorang kafir dalam perjalanan, tetapi menyerahkan bulat-bulat kepada Abu basir untuk bertindak terhadap orang-orang kafir ketika itu. 

Keadaan ini agak sama dengan sikap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tidak mencadangkan kepada Anwar masuk PAS, tetapi membiarkan Anwar bertindak dengan segala propaganda yang dilakukan bagi menggugat BN/UMNO. 

PENUTUP 

Padaku, kehadiran Anwar ibrahim dalam politik Malaysia untuk mengugat BN/UMNO tidak boleh dinafikan. Tetapi, yang paling penting bagi kita adalah, bagaimana kita mahu mengambil kesempatan yang ada dalam memahamkan rakyat dengan islam, justeru itu memerintah islam dengan baik. 

Oleh itu, perkuatkan saf-saf perjuangan. Hindarkan kekerasan perjuangan, tetapi dampingi rakyat dengan segala kebijaksanaan untuk menyampaikan Islam kepada mereka. 

Jika ini dilakukan, tidak mustahil, 2 penggal pilihanraya akan datang, islam bukan sekadar memerintah Kelantan dan kedah, tetapi kerajaan pusat akan dikuasai oleh islam, dan ternyata Islam berjaya dilaksanakan dengan baik, tanpa melahirkan sebarang kekacauan dalam perlaksanaan. 

Sekian 

Al-Bakistani

http://one-g. blogspot. com 

abu_abdillah_ azzam@yahoo. com

  -         Jertih
1 oktober 2008 * 3:24 petang.

Pada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Pada pengkagum Mahathir, satu hari Mahathir akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Husam Musa, satu hari Husam Musa akan mati. Pada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.

ym : mr_respeks

weblog : http://respeks. blogspot. com
webgroups : http://groups. yahoo.com/ group/respeks

Search, browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel http://sg.travel.yahoo.com
3b.

Re: Fw: [ReSpONs] SIAPA "ABU BASIR" DALAM PAKATAN RAKYAT????

Posted by: "fauzan syauqi" fauz_syauqi@yahoo.com

Fri Oct 3, 2008 7:26 am (PDT)

Satu analogi yang baik.  Masih belum jelas peranan bukan Islam dalam konteks Malaysia.  Apakah kategori mereka dan bagaimana harus dilayan setelah Islam tertegak, memandangkan sikap anti-Islam yang makin ketara oleh mereka.

--- On Fri, 10/3/08, Azham Abdullah <azham_917@yahoo.com> wrote:

From: Azham Abdullah <azham_917@yahoo.com>
Subject: Dunia-Politik.blogspot.com - Fw: [ReSpONs] SIAPA "ABU BASIR" DALAM PAKATAN RAKYAT????
To: ReSpONs@yahoogroups.com
Cc: dunia-politik@yahoogroups.com
Date: Friday, October 3, 2008, 9:51 AM

... hak Islam itu sebenarnya adalah lebih utama diperkenalkan dan disebar-luaskan daripada ianya hanya untuk dipertahankan ...

--- Pada Rab, 1/10/08, umar faruqi <faruqi03@yahoo. com> menulis:

Daripada: umar faruqi <faruqi03@yahoo. com>
Subjek: [ReSpONs] SIAPA "ABU BASIR" DALAM PAKATAN RAKYAT????
Kepada: respeks@yahoogroups .com, tipah@yahoogroups. com, kayangan@yahoogroup s.com, SahabatInteraktif@ yahoogroups. com, mahligai@yahoogroup s.com, bersamamu@yahoogrou ps.com, blalang_group@ yahoogroups. com, keluarga_melayu@ yahoogroups. com, keluarga02@yahoogro ups.com, melayucyber@ yahoogroups. com, melayusiber@ yahoogroups. com, rampai_iklan@ yahoogroups. com, respons@yahoogroups .com, kejayaan_sihatceria @yahoogroups. com, uitm-melaka@ yahoogroups. com, azhariyeeiin@ yahoogroups. com, iklanbebasku@ yahoogroups. com, usahawan_cyberia@ yahoogroups. com, MANGKUKHAYUN@ yahoogroups. com, mymasjid@yahoogroup s.com
Tarikh: Rabu, 1 Oktober, 2008, 6:36 AM

SIAPA "ABU BASIR" DALAM PAKATAN RAKYAT????
Dilulus terbit pada Wednesday, October 01 @ 16:34:47 MYT oleh greenboc
Oleh al-bakistani

"
Dalam sirah, tercatit kisah berkenaan perjanjian hudaibiyyah yang telah dimetrai sendiri oleh Rasulullah SAW dengan seorang tokoh kuffar yang bernama suhail bin Amr.

Dalam perjanjian itu, ramai dari kalangan sahabat mendakwa bahawa ianya adalah berat sebelah. Dakwaan itu bermula apabila salah satu perjanjian itu menyatakan bahawa, mana-mana orang Makkah yang masuk islam, lalu lari ke madinah, maka wajib dari kerajaan islam madinah menghantar orang tersebut ke makkah.

Perjanjian itu diterima oleh Rasulullah SAW dengan hati terbuka, tetapi agak tidak berpuas hati oleh sebilangan besar para sahabat rasulullah. Gambaran tidak puas hati itu lebih terserlah apabila salah seorang sahabat nabi SAW yang berasal dari makkah, lalu masuk islam di makkah dan lari ke Madinah, iaitu Abu basir. 

Apabila perjanjian itu telah dimetrai oleh nabi SAW, menyebabkan dua tokoh kuffar yang bernama Al-Azhar dan Al-Akhnas bin As-Syariq As-saqafi telah datang berjumpa dengan nabi SAW untuk meminta agar diserahkan Abu basir kepada mereka. (Gambar disebelah ialah artifek Perjanjian Hudaibiyah - GB)

Nabi SAW dengan hati terbuka telah memanggil Abu Basir, meminta agar beliau mengiktu sahaja dua kafir itu untuk kembali ke Makkah. Tindakan Nabi SAW itu mendapat tentangan hebat dari para sahabat, tetapi tidak diendahkan oleh Nabi SAW disebabkan perjanjian yang telah dimetrai, islam mewajibkan ditunaikan. 

Sabda nabi SAW;

 Ø§Ù„Ù'Ù…Ù�سÙ'Ù„Ù�Ù…Ù�ونَ عÙ�Ù†Ù'دَ Ø´Ù�رÙ�وطÙ�Ù‡Ù�Ù…Ù' 

Maksudnya;
          "Orang islam itu disisi syarat mereka[1]" 

Abu Basir pun pada asalnya tidak mahu mengikut dua orang kafir itu, tetapi disebabkan Nabi SAW tidak redha Abu Basir berada di madinah, menyebabkan beliau terpaksa akur. Dalam perjalanan ke Makkah, sebilangan orang-orang Badwi telah datang berbual-bual dengan Abu Basir, menyebabkan Abu Basir meminjam senjata kepunyaan si badwi.

Apabila memegang senjata itu, menyebabkan Abu Basir menggunakan kesempatan itu menikam Al-Azhar, iaitu salah seorang dari kafir yang datang mengambilnya. Apabila mati Al-Azhar menyebabkan Al-Akhnas takut dan lari ke Madinah berjumpa dengan Nabi SAW dan melaporkan berita tersebut kepada Baginda SAW. 

Mendengar laporan itu, baginda SAW menyatakan tidak akan bertanggungjawab terhadap perbuatan Abu basir, kerana ia berada diluar kawalan Baginda. Jawapan nabi itu menyebabkan Al-Akhnas hampa dan terus pulang ke Makkah dalam ketakutan.  

Selepas Al-Akhnas berlalu pergi, maka datang Abu Basir kepada Rasulullah SAW dan melaporkan tindakannya yang telah membunuh Al-Azhar. Baginda SAW juga menyatakan bahawa Baginda tidak bertanggungjawab terhadap perbuatannya, disamping tidak ridha Abu Basir berada di Madinah. 

Keadaan itu menyebabkan Abu Basir telah melakukan satu gerakan di persisiran pantai untuk menghalang para arab Quraish makkah untuk berniaga. Tindakan Abu basir dan pengikutnya menyebabkan ekonomi makkah lumpuh, sehingga para kafir ketika itu telah berjumpa dengna Baginda SAW untuk membatalkan salah satu kandungan perjanjian Al-Hudaibiyyah yang tidak membenarkan orang islam Makkah berada di Madinah. 

Sejak dari itu, orang Islam di makkah sudah mudah berada di Madinah, menyebabkan antara orang Makkah dan Madinah sering berurusan sehingga mereka berjaya melakukan usaha dakwah yang kuat, menyebabkan sepuluh tahun selepas dari perjanjian tersebut, islam buka sekadar memerintah di madinah, tetapi Makkah juga telah menjadi kepunyaan islam. 

PENGAJARAN 

Dari kisah ini, kita dapat melihat inilah kebijaksanaan politik nabi SAW dalam berusaha hendak menguasai makkah dengan pelbagai toleransi yang telah dilakukan oleh Nabi SAW. Keadaan ini amat sama berlaku dalam pakatan rakyat yang baru ditubuhkan selepas dari Pilihanraya ke 12. 

Memang tidak dinafikan, dalam pakatan rakyat, banyak perkara islam agak kurang berjaya dilaksanakan. Tetapi, sebenarnya, kita perlu kuatkan usaha kita dalam memahamkan rakyat dengan islam, agar Islam dapat memerintah di Malaysia, seperti islam memerintah makkah selepas dari kejadian Perjanjian Al-Hudaibiyyah. 

Dalam kisah perjanjian Al-hudaibiyyah, kita dapat melihat Abu Basir menjadi penyebab keadaan ekonomi dan situasi politik orang di Makkah tergugat, maka keadaan di Malaysia agak sama berlaku, apabila kehadiran Anwar Ibrahim penyebab pihak BN tergugat. 

Dalam kes perjanjian Al-hudaibiyyah, nabi bijak dalam berinteraksi dengan tidak mudah melatah, tetapi megambil sikap agar menyelamatkan Madinah dengan tidak menjemput Abu Basir duduk di Madinah selepas dari membunuh salah seorang kafir dalam perjalanan, tetapi menyerahkan bulat-bulat kepada Abu basir untuk bertindak terhadap orang-orang kafir ketika itu. 

Keadaan ini agak sama dengan sikap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tidak mencadangkan kepada Anwar masuk PAS, tetapi membiarkan Anwar bertindak dengan segala propaganda yang dilakukan bagi menggugat BN/UMNO. 

PENUTUP 

Padaku, kehadiran Anwar ibrahim dalam politik Malaysia untuk mengugat BN/UMNO tidak boleh dinafikan. Tetapi, yang paling penting bagi kita adalah, bagaimana kita mahu mengambil kesempatan yang ada dalam memahamkan rakyat dengan islam, justeru itu memerintah islam dengan baik. 

Oleh itu, perkuatkan saf-saf perjuangan. Hindarkan kekerasan perjuangan, tetapi dampingi rakyat dengan segala kebijaksanaan untuk menyampaikan Islam kepada mereka. 

Jika ini dilakukan, tidak mustahil, 2 penggal pilihanraya akan datang, islam bukan sekadar memerintah Kelantan dan kedah, tetapi kerajaan pusat akan dikuasai oleh islam, dan ternyata Islam berjaya dilaksanakan dengan baik, tanpa melahirkan sebarang kekacauan dalam perlaksanaan. 

Sekian 

Al-Bakistani

http://one-g. blogspot. com 

abu_abdillah_ azzam@yahoo. com

  -         Jertih
1 oktober 2008 * 3:24 petang.

Pada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Pada pengkagum Mahathir, satu hari Mahathir akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Husam Musa, satu hari Husam Musa akan mati. Pada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.

ym : mr_respeks

weblog : http://respeks. blogspot. com
webgroups : http://groups. yahoo.com/ group/respeks

Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!


4.

Islam dasar pengabungan PAS, dasar BN apa pula? Dasar Mangkuk Hayun

Posted by: "Pasbaru pascapru12" pasbaru@gmail.com

Sat Oct 4, 2008 1:13 am (PDT)

Jangan perbodoh oranglah, wahai pengarang harakah. Semasa Pas nak bergabung
dengan BN macam-macam asas Islam diletakkan hudud dan lain-lain.

Bila nak bergabung dengan Pakatan Rakyat, Islam ditendang ketepi dengan
alasan perjanjian Hudaibiyyah, Tahaluf Siyasi dan lain-lain lagi, untuk
menghalalkan perkahwinan SEKULAR PAS dengan PKR.

Ini bukan dasar ISLAM tapi ini dasar MANGKUK HAYUN PAS. Islam tidak akan
kuat dengan perbuatan anda ini wahai Pemimpin PAS yang NGOK.

2008/10/4 harakah daily <harakahdaily@yahoo.com>

> Islam dasar pengabungan PAS, dasar BN apa pula?
> *Anual Bakhri Haron*
> Fri | Oct 03, 08 | 11:24:08 am MYT
>
> Kata-kata yang disuarakan oleh Presiden MIC yang berbunyi, "Cadangan
> menggabungkan semua parti yang bersifat perkauman ini sesuatu yang sukar
> dilaksanakan." (Berita Harian 30 September 2008).
> *Iklan*
>
>
> Benar sangatlah kata-kata ini. Sampai bila pun cita-cita penggabungan,
> permuafakatan dan penyatuan akan menjadi kata-kata jinak buat pameran
> semata-mata. Bertolak dari sentimen perkauman yang taksubkan bangsa; Umno
> dengan ke-Melayuannya, MCA dengan ke-Cinaannya dan MIC dengan ke-Indiaannya,
> maka seruan konsep permuafakatan dan tolak ansur BN tidak membawa erti
> apa-apa.
>
> 2. Begitu juga dengan kata-kata Naib Presiden MCA, Dato' Donald Lim dan
> harapan seorang lagi Naib Presiden MCA, Dato' Ong Tee Keat di hari yang sama
> dalam akhbar yang sama.
>
> Masing-masing menganggapkan ia idea yang baik tetapi apakah sentimen
> perkauman yang selama ini dipupuk dan dibajai oleh masing-masing parti
> komponen parti dalam BN boleh menumbuhkan sikap yang berkompromi dalam
> semangat persaudaraan yang murni dan tinggi?
>
> PAS meletakkan titik persaudaraan tanpa mengira perbezaan bangsa dan suku
> kaum.
>
> Teras bicara kita ialah kita semua daripada keturunan yang satu yakni Adam
> dan Hawa.
>
> Semua orang adalah sama melainkan perbezaan maqam dan nilai mulia atau
> hinanya seseorang itu terletaklah diatas ukuran taqwa.
>
> Dengan menggunakan "parameters" ini, PAS mempunyai seluruh potensi dan
> kekuatan yang ada untuk bertindak sebagai parti penyatuan rakyat.
>
> Di atas pentas Islam inilah juga PAS sedang diterima dengan baik sebagai
> pilihan kepada Umno/BN.
>
> Jika mahu dilihat masih relevan, inilah saat yang memerlukan Melayu dalam
> Umno datang dan memasuki PAS.
>
> Dalam "mood" penggabungan yang sedang ghairah diterima oleh pemimpin
> komponen di dalam BN, tentu sekali langkah untuk memartabatkan ketuanan
> Islam adalah suatu yang amat menepati masa.
>
> 3. Pemimpin Umno perlu ingat bahawa bila Umno kekal dengan ketuanan
> Melayunya, pemimpin MCA pun boleh bercakap tentang ketuanan Cinanya.
>
> Begitulah juga dengan MIC dan Gerakan dengan khayalan ketuanan
> masing-masing.
>
> Dalam keadaan begini, perkataan penggabungan dan permuafakatan ke arah
> Integrasi Nasional hanyalah gimik dan fatamorgana.
>
> Ia retorik dan sapuan gincu yang tidak mempunyai nilai apa-apa.
>
> Sepatutnya inilah saat Umno meninggalkan ketuanan Melayu. Tidak sudah
> dengan terus berpegang kepada faham kebangsaan lapuk kerana ia hanya
> menganjurkan perkauman.
>
> Di akhirat nanti, tiada harga berupa pahala untuk dinikmati oleh mana-mana
> pejuang bangsa. Di sinilah Islam meletakkan hujah bahawa ia agama penyatuan.
>
>
> Ia agama yang tidak mementingkan bangsa dan semangat kebangsaan. Bahkan ia
> suatu agama yang menerima prinsip kewarganegaraan berasaskan semangat
> keantarabangsaan.
>
> Ia agama sejagat yang menyatukan anugerah bangsa yang berbeza-beza dan
> bukan memecah belahkan orang diatas jalur-jalur kebangsaan.
>
> Menjadi umat Islam ialah menjadi hamba Allah yang menjadi hamba kepada
> "tuan punya" kepada langit dan bumi ini terlebih dahulu.
>
> 4). Lantaran itu Islam sangat mementingkan hujah. Firman Allah S.W.T yang
> bermaksud,
>
> "Katakanlah: "Allah", dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang
> musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
> (Surah Saba' : Ayat 24).
>
> Di sini, roh kebenaran Islam cukup jelas iaitu setiap sesuatu itu wajib
> disandarkan kepada fakta dan hujah.
>
> Jika Umno mempunyai hujah untuk mempertahankan kebangsaan Melayu sebagai
> asas penyatuan, maka mereka bolehlah mengemukakan segala fakta dan segala
> alasan.
>
> Akan tetapi, setakat yang dapat disaksikan, perjuangan Umno yang hujahnya
> kebanyakannya dibina di hujung keris dan tombak Melayu itu tidak memberi
> bekas dan membawa faedah kepada sejarah dan masa depan bangsa dan negara.
> Tiada signifikan apa-apa.
>
> Apa yang jelas dapat disaksi rakyat hanyalah perpecahan, disintegrasi,
> korupsi, curiga, dengki, benci dan dendam. Cinta,rindu dan simpati antara
> kaum semakin tandus dari takung kalbu kehidupan.
>
> 4. Sudah sepanjang 50 tahun sikap curiga antara kaum semakin tajam. Jika
> sedikit masa dahulu masyarakat Cina pernah melahirkan Dato' Lee Kim Sai,
> kini Umno pula melahirkan Dato' Ahmad bin Ismail.
>
> Ini menunjukkan jalan ke hadapan untuk Malaysia cukup buntu selagi Umno
> tidak berubah.
>
> Maksud saya di sini ialah Umno perlu berubah dan kembali kepada Islam.
>
> Bukan PAS lagi yang masuk Umno tetapi Umno yang mencari dan memasuki PAS.
>
> Bermukabalah ke arah kembali kepada Islam - hanya inilah penyelesaian yang
> ada di hadapan kita. Jika tidak, Umno cuma mahu mengelirukan keadaan.
>
> Umno hanya mementingkan survival dengan memainkan sentimen perkauman yang
> sensitif ini demi menyelamat dan menyambung kelangsungan hayat pemimpin
> mereka. Begitulah terkini dan trend Umno selama-lamanya.
>
> Sesungguhnya, hampir semua orang tahu yang dia kini sedang bernafas dalam
> nyawa-nyawa ikan. Ada orang kata, lagi dua minggu dan ada pula yang lebih
> yakin bahawa sesuatu akan berlaku pada 13 haribulan.
>
> Sayapun tidak sangat mahu ambil tahu tentang tarikh-tarikh ini.
> Apapun,sambil melihat budak-budak bermain bunga api, elok juga kita
> sama-sama saksikan. Ah, sepanjang-panjang tali; masakan tidak berhujung? -
> mr_
>
>
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Real Food Group

Share recipes

and favorite meals

w/ Real Food lovers.

Weight Loss Group

on Yahoo! Groups

Get support and

make friends online.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
�      Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com     
�      Spa Q              - http://spa-q.blogspot.com     
�      Auto Insurance     - http://pdautoinsurance.blogspot.com     

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com