20081006

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1692

Messages In This Digest (3 Messages)

Messages

1.

Bakal PM Malaysia

Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com   azham_917

Sun Oct 5, 2008 7:29 am (PDT)

 

Pada anda, siapa yang lebih layak untuk Perdana Menteri Malaysia??

 
http://one-g.blogspot.com/

Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
2a.

Re: Islam dasar pengabungan PAS, dasar BN apa pula? Dasar Mangkuk Ha

Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com   azham_917

Sun Oct 5, 2008 8:59 am (PDT)

assalamu'alaikum..
 
  kepada pengarang harakah; 
bersabarlah, terimalah ini sebagai satu ujian dalam usaha dakwah anda, dalam menyampaikan ayat-ayat Allah swt yang hak.
  kepada pasbaru,
bolehlah anda komen sesiapa sahaja. Cuma apa yang menjadi kebimbangan saya, diharap anda tidak menuduh yang Rasulullah juga dulu telah menendang Islam ke tepi semasa memeterai perjanjian Hudaibiyah dengan orang2 kafir Quraisy satu ketika dahulu. Fikirkanlah hikmah2nya atas segala tindakan yang Nabi telah lakukan.

--- Pada Sab, 4/10/08, Pasbaru pascapru12 <pasbaru@gmail.com> menulis:

Daripada: Pasbaru pascapru12 <pasbaru@gmail.com>
Subjek: Dunia-Politik.blogspot.com - Islam dasar pengabungan PAS, dasar BN apa pula? Dasar Mangkuk Hayun PAS
Kepada: harakahdaily@yahoogroups.com
Tarikh: Sabtu, 4 Oktober, 2008, 1:13 AM

Jangan perbodoh oranglah, wahai pengarang harakah. Semasa Pas nak bergabung dengan BN macam-macam asas Islam diletakkan hudud dan lain-lain.

Bila nak bergabung dengan Pakatan Rakyat, Islam ditendang ketepi dengan alasan perjanjian Hudaibiyyah, Tahaluf Siyasi dan lain-lain lagi, untuk menghalalkan perkahwinan SEKULAR PAS dengan PKR.

Ini bukan dasar ISLAM tapi ini dasar MANGKUK HAYUN PAS. Islam tidak akan kuat dengan perbuatan anda ini wahai Pemimpin PAS yang NGOK.

2008/10/4 harakah daily <harakahdaily@ yahoo.com>

Islam dasar pengabungan PAS, dasar BN apa pula?

Anual Bakhri Haron
Fri | Oct 03, 08 | 11:24:08 am MYT

Kata-kata yang disuarakan oleh Presiden MIC yang berbunyi, "Cadangan menggabungkan semua parti yang bersifat perkauman ini sesuatu yang sukar dilaksanakan." (Berita Harian 30 September 2008).

Iklan
 

 

 
 
Benar sangatlah kata-kata ini. Sampai bila pun cita-cita penggabungan, permuafakatan dan penyatuan akan menjadi kata-kata jinak buat pameran semata-mata. Bertolak dari sentimen perkauman yang taksubkan bangsa; Umno dengan ke-Melayuannya, MCA dengan ke-Cinaannya dan MIC dengan ke-Indiaannya, maka seruan konsep permuafakatan dan tolak ansur BN tidak membawa erti apa-apa.
2. Begitu juga dengan kata-kata Naib Presiden MCA, Dato' Donald Lim dan harapan seorang lagi Naib Presiden MCA, Dato' Ong Tee Keat di hari yang sama dalam akhbar yang sama.
Masing-masing menganggapkan ia idea yang baik tetapi apakah sentimen perkauman yang selama ini dipupuk dan dibajai oleh masing-masing parti komponen parti dalam BN boleh menumbuhkan sikap yang berkompromi dalam semangat persaudaraan yang murni dan tinggi?
PAS meletakkan titik persaudaraan tanpa mengira perbezaan bangsa dan suku kaum.
Teras bicara kita ialah kita semua daripada keturunan yang satu yakni Adam dan Hawa.
Semua orang adalah sama melainkan perbezaan maqam dan nilai mulia atau hinanya seseorang itu terletaklah diatas ukuran taqwa.
Dengan menggunakan "parameters" ini, PAS mempunyai seluruh potensi dan kekuatan yang ada untuk bertindak sebagai parti penyatuan rakyat.
Di atas pentas Islam inilah juga PAS sedang diterima dengan baik sebagai pilihan kepada Umno/BN.
Jika mahu dilihat masih relevan, inilah saat yang memerlukan Melayu dalam Umno datang dan memasuki PAS.
Dalam "mood" penggabungan yang sedang ghairah diterima oleh pemimpin komponen di dalam BN, tentu sekali langkah untuk memartabatkan ketuanan Islam adalah suatu yang amat menepati masa.
3. Pemimpin Umno perlu ingat bahawa bila Umno kekal dengan ketuanan Melayunya, pemimpin MCA pun boleh bercakap tentang ketuanan Cinanya.
Begitulah juga dengan MIC dan Gerakan dengan khayalan ketuanan masing-masing.
Dalam keadaan begini, perkataan penggabungan dan permuafakatan ke arah Integrasi Nasional hanyalah gimik dan fatamorgana.
Ia retorik dan sapuan gincu yang tidak mempunyai nilai apa-apa.
Sepatutnya inilah saat Umno meninggalkan ketuanan Melayu. Tidak sudah dengan terus berpegang kepada faham kebangsaan lapuk kerana ia hanya menganjurkan perkauman.
Di akhirat nanti, tiada harga berupa pahala untuk dinikmati oleh mana-mana pejuang bangsa. Di sinilah Islam meletakkan hujah bahawa ia agama penyatuan.
Ia agama yang tidak mementingkan bangsa dan semangat kebangsaan. Bahkan ia suatu agama yang menerima prinsip kewarganegaraan berasaskan semangat keantarabangsaan.
Ia agama sejagat yang menyatukan anugerah bangsa yang berbeza-beza dan bukan memecah belahkan orang diatas jalur-jalur kebangsaan.
Menjadi umat Islam ialah menjadi hamba Allah yang menjadi hamba kepada "tuan punya" kepada langit dan bumi ini terlebih dahulu.
4). Lantaran itu Islam sangat mementingkan hujah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,
"Katakanlah: "Allah", dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. (Surah Saba' : Ayat 24).
Di sini, roh kebenaran Islam cukup jelas iaitu setiap sesuatu itu wajib disandarkan kepada fakta dan hujah.
Jika Umno mempunyai hujah untuk mempertahankan kebangsaan Melayu sebagai asas penyatuan, maka mereka bolehlah mengemukakan segala fakta dan segala alasan.
Akan tetapi, setakat yang dapat disaksikan, perjuangan Umno yang hujahnya kebanyakannya dibina di hujung keris dan tombak Melayu itu tidak memberi bekas dan membawa faedah kepada sejarah dan masa depan bangsa dan negara. Tiada signifikan apa-apa.
Apa yang jelas dapat disaksi rakyat hanyalah perpecahan, disintegrasi, korupsi, curiga, dengki, benci dan dendam. Cinta,rindu dan simpati antara kaum semakin tandus dari takung kalbu kehidupan.
4. Sudah sepanjang 50 tahun sikap curiga antara kaum semakin tajam. Jika sedikit masa dahulu masyarakat Cina pernah melahirkan Dato' Lee Kim Sai, kini Umno pula melahirkan Dato' Ahmad bin Ismail.
Ini menunjukkan jalan ke hadapan untuk Malaysia cukup buntu selagi Umno tidak berubah.
Maksud saya di sini ialah Umno perlu berubah dan kembali kepada Islam.
Bukan PAS lagi yang masuk Umno tetapi Umno yang mencari dan memasuki PAS.
Bermukabalah ke arah kembali kepada Islam - hanya inilah penyelesaian yang ada di hadapan kita. Jika tidak, Umno cuma mahu mengelirukan keadaan.
Umno hanya mementingkan survival dengan memainkan sentimen perkauman yang sensitif ini demi menyelamat dan menyambung kelangsungan hayat pemimpin mereka. Begitulah terkini dan trend Umno selama-lamanya.
Sesungguhnya, hampir semua orang tahu yang dia kini sedang bernafas dalam nyawa-nyawa ikan. Ada orang kata, lagi dua minggu dan ada pula yang lebih yakin bahawa sesuatu akan berlaku pada 13 haribulan.
Sayapun tidak sangat mahu ambil tahu tentang tarikh-tarikh ini. Apapun,sambil melihat budak-budak bermain bunga api, elok juga kita sama-sama saksikan. Ah, sepanjang-panjang tali; masakan tidak berhujung? - mr_


Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
3a.

Re: [ReSpONs] Masing2 ada hujjah, apa nak gadoh -Politik : Baca send

Posted by: "fuzzy 1" fuzzyinn@yahoo.com

Sun Oct 5, 2008 9:29 am (PDT)

KJ jadi PM satu hari nanti???? kirim slam jer la.... umno pun dah nak pupus .. dollah jatuh .. KJ pun nyawa2 ikan jer la... la ni cuma duk numpang mertua jerkkkkkkk..

----- Original Message ----
From: Azham Abdullah <azham_917@yahoo.com>
To: ReSpONs@yahoogroups.com
Cc: dunia-politik@yahoogroups.com
Sent: Sunday, October 5, 2008 9:37:53 PM
Subject: Dunia-Politik.blogspot.com - Re: [ReSpONs] Masing2 ada hujjah, apa nak gadoh -Politik : Baca sendiri lah...

2. ejen-ejen Yahudi
Siapa ejen Yahudi? Yang pasti, ada seorang ahli Parlimen yang tidak lahir di Malaysia tetapi lahir di Kuwait dan mendapat pendidikan di Singapura. Dia ni sentiasa menyepi bila ada isu melibatkan Singapura dan dipercayai telah mempengaruhi bapa mentuanya agar membatalkan JAMBATAN BENGKOK untuk menjaga kepentingan Singapura. Dijangka, UMNO akan menobatkannya sebagai Ketua Pemuda dan seterusnya sebagai PM satu hari nanti.

ejen Yahudi tersebut sebenarnya ialah YB Khairy Jamaludin MP Rembau

--- Pada Sab, 4/10/08, Zahari Alwi <zaharialwi@yahoo. com> menulis:

Daripada: Zahari Alwi <zaharialwi@yahoo. com>
Subjek: [ReSpONs] Masing2 ada hujjah, apa nak gadoh -Politik : Baca sendiri lah...
Kepada: ReSpONs@yahoogroups .com
Tarikh: Sabtu, 4 Oktober, 2008, 9:42 PM

Simpanlah keyakinan sendiri.�

--- Pada Ahd, 5/10/08, Krik Koko <pep.cgi@gmail. com> menulis:

Daripada: Krik Koko <pep.cgi@gmail. com>
Subjek: Re: [ReSpONs] Politik : Baca sendiri lah...
Kepada: ReSpONs@yahoogroups .com
Tarikh: Ahad, 5 Oktober, 2008, 6:18 AM

Diorang nie gembar-gemburkan bahawa IMF�datang ke Malaysia atas jemputan�DSAI sebab kemelesetan ekonomi dunia 1998.

Kononnya DSAI cuba nak bankrupkan negara dengan pinjaman IMF seperti Indonesia dan Thailand.

Dulu tahun 1970 an lagi masa krisis Perang Iran dan Iraq IMF datang ke Malaysia.

Cuma berapa banyak yang naik dibailout termasuk company anak Tun Mahathir yg tidak disetujui oleh DSAI, rujuk kes yg berlaku di US sekarang.

Bulan lepas Tun Mahathir terlepas cakap pasal company yg dibailout.� Now we see!

2008/10/4 umar faruqi <faruqi03@yahoo. com>

Pelan Rahsia Yahudi untuk kuasai Malaysia!
Dilulus terbit pada Saturday, October 04 @ 13:30:20 MYT oleh TokPenghulu
Oleh melayunett

"Yahudi sedang berusaha gigih menjatuhkan Malaysia dan Melayu khususnya. Mengapa? Melayu satu-satunya bangsa yang wajib beragama Islam (DIWAJIBKAN OLEH ARTIKEL DLM PERLEMBAGAAN ) dan hanya Islam mampu mencabar Yahudi.

Suatu waktu dahulu, wujud suatu gabungan politik dua tokoh Melayu yang sedikit sebanyak membimbangkan Yahudi dan Amerika. Gabungan tersebut ialah gabungan Mahathir-Anwar.

Mahathir terkenal sebagai pemimpin berpandangan jauh dengan Dasar Pandang ke Timur dan Wawasan 2020 manakala Anwar dilihat sebagai pemimpin golongan belia Islam yang moderat, berkarisma dan telus. Gandingan mantap kedua tokoh ini berkecai apabila krisis ekonomi asia bermula. Artikel ini akan membongkar isu-isu berkaitan�Anwar, Malaysia dan Percaturan Yahudi.�

Gandingan Mahathir-Anwar musnah apabila Anwar tidak setuju menggunakan wang negara ketika itu untuk bail-out syarikat-syarikat kroni yang menghadapi masalah kewangan termasuk syarikat anak Mahathir. Anwar seterusnya didakwa atas tuduhan meliwat dan menjadi ejen Yahudi.

Majoriti ahli UMNO yakin tuduhan liwat ke atas Anwar adalah fitnah tetapi kebanyakan mereka berkata fitnah liwat ke atas Anwar adalah TIDAK MENGAPA kerana ANWAR EJEN IMF DAN EJEN YAHUDI.

Terlebih dahulu, dibentangkan bukti-bukti bahawa fitnah UMNO bahawa Anwar ejen yahudi ini tidak berasas. Selepas ini, apabila pembaca diserang oleh makcik-makcik kampung dan Felda yang menjaja cerita bahawa Anwar ejen Yahudi, mudah-mudahan anda mampu menjawabnya secara ilmiah.

Berikut hujah-hujahnya:

1. Anwar tidak materialistik!

Rekod Anwar selama memerintah adalah bersih dari rasuah. Beberapa hari sebelum pilihanraya Permatang Pauh, Anwar difitnah menerima rasuah beberapa billion. Sebaik saja selepas pilihanraya, fitnah ini hilang serta-merta.

Kalau Anwar ejen Yahudi, Anwar tentulah bersikap materialistik. Anwar terkenal sebagai seorang yang telus dan tidak sibuk membuat duit seperti pemimpin-pemimpin BN.

2. Anwar dipenjara!

Seorang yang sanggup menggadaikan bangsa dan negara akan memilih untuk melarikan diri ke negara asing dan mendapatkan perlindungan politik. Anwar tidak pernah lari sebaliknya tinggal dipenjara. Ini tidak konsisten dengan sikap seorang opportunis yang sanggup menjadi ejen Yahudi.

3. Anwar BEKAS TIMBALAN PM!

Kepada SB-SB, antara hujah kurang cerdik yang selalu dijaja ialah gambar-gambar Anwar berjumpa dengan tokoh-tokoh antarabangsa dan pemimpin negara lain termasuk yang berbangsa Yahudi. Memang lazim bagi seorang tokoh antarabangsa seperti Anwar berjumpa dengan tokoh-tokoh lain. MESKIPUN BEGITU, Anwar bertegas dengan mereka dalam hal prinsip. Anwar lantang menegur Amerika berikutan serangan ke atas Iraq dan dalam isu-isu lain.

4. Isu IMF

Cukuplah saya katakan bahawa negara-negara jiran seperti Singapura yang tidak menambat matawang mereka ketika kirisis ekonomi dulu kini sudah lebih maju dari Malaysia. Keengganan menambat ringgit oleh Anwar boleh difahami. YANG LUCUNYA, bila Najib enggan menmbat ringgit, berjela-jela ahli UMNO membelanya. Kononnya krisis ekonomi kali ini TAK BERAPA SERIUS LAGI. SLOW BETUL!! Kerugian global sudah lebih trillion menurut kejatuhan Dow Jones dan Amerika melaporkan inilah kejatuhan ekonomi PALING TERUK dalam 3�dekad ini.

Cerita kononnya syarat-syarat IMF akan membankrupkan Malaysia memang senang dibuat kerana akhbar tidak pernah memberi ruang kepada Anwar menjawab. Macam AFTA la, takkan kita setuju dengan semua syarat-syarat.

BERBALIK KEPADA MASA KINI.

Ekonomi dunia sedang menuju kemelesetan global dan Malaysia jelas tidak bersedia. Politik kita tidak stabil, ekonomi tiada perancangan, rakyat hidup semakin susah dan penggangguran akan semakin menjadi-jadi.

Biarlah saya menjelaskan urutan kemelesatan global ini agar ahli-ahli UMNO dan PR akan faham kesannya kepada anda:

1. Harga barang akan naik. Barang-barang khususnya barang import akan naik harga. Makanan juga akan naik harga kerana kos keseluruhan meningkat. Dalam masa 2-3 bulan, kenaikan akan semakin kelihatan.

2. Ramai orang diberhentikan.
Syarikat-syarikat international akan mula ditutup. Kesannya, pengangguran akan semakin berleluasa kerana ramai akan diberhentikan. Bukan saja ahli PR, anak-anak ahli UMNO juga akan menganggur pada waktu itu.

3. Restoren-restoren gulung tikar
Bila kemelesatan berlaku, yang paling awal gulung tikar ialah peniaga restoren kerana masyarakat akan berjimat dan tidak makan diluar.

3. Kedai kecil & peniaga kecil
Peniaga kecil dan kedai-kedai runcit juga akan gulung tikar kerana masyarakat akan hanya ke pasaraya besar seperti Tesco (milik Yahudi) untuk berjimat.

Amerika bertanggungjawab ke atas kemelesatan global kali ini. Sebahagian besar ahli Kongres Amerika Yahudi dan kemelesatan ekonomi global akan memundurkan negara membangun termasuk negara-negara Islam.

YAHUDI akan menguasai Malaysia bukan melalui Anwar tetapi melalui perancangan teliti yang akan didedahkan di sini:

1. melalui Singapura.
UMNO di anggap oleh sebahagian rakyat telah "menjual" Johor melalui Wilayah Pembangunan Iskandar apabila menerima Singapura sebagai pelabur utama. Sejarah Batu Putih dijangka berulang! Singapura sangat dipengaruhi Yahudi dan ketenteraan Singpura dlatih sendiri oleh YAhudi. Mereka yang berada dalam bidang ketenteraan boleh mengesahkan hal ini.

2. ejen-ejen Yahudi
Siapa ejen Yahudi? Yang pasti, ada seorang ahli Parlimen yang tidak lahir di Malaysia tetapi lahir di Kuwait dan mendapat pendidikan di Singapura. Dia ni sentiasa menyepi bila ada isu melibatkan Singapura dan dipercayai telah mempengaruhi bapa mentuanya agar membatalkan JAMBATAN BENGKOK untuk menjaga kepentingan Singapura. Dijangka, UMNO akan menobatkannya sebagai Ketua Pemuda dan seterusnya sebagai PM satu hari nanti.

Untuk mengatasinya, KITA MESTI MENOLAK KEPIMPINAN LEMAH DAN PENUH RASUAH OLEH UMNO dan menggantikannya yang telus. Ingatlah bahawa nasib anak-anak kita yang sedang dipertaruhkan.

Wassalam.

Yang baik dari Allah, yang buruk dari Melayunet. Kepada Songkok Putih, sayonara my friend.. Take care.

(KEPADA YG SLOW, melayunet tak sama dengan melayunett).
"

Pada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Pada pengkagum Mahathir, satu hari Mahathir akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Husam Musa, satu hari Husam Musa akan mati. Pada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.

________________________________

[1]http://biz.yahoo. com/ap/070312/ mortgage_ meltdown_ q_a.html? .v=1
[2]Financial crisis and bailout: 9 letters". Blogs.denverpost. com (September 27, 2008).
[3]http://en.wikipedia .org/wiki/ Hyperinflation_ in_Zimbabwe
[4]Benjamin, Matthew (September 24, 2008). "Paulson Plan May Push U.S. Debt to Post-WWII Levels (Update1)", Bloomberg.
[5]http://faculty. chicagogsb. edu/john. cochrane/ research/ Papers/mortgage_ protest.htm
[6]http://en.wikipedia .org/wiki/ Mortgage- backed_security
[7]Jenny Anderson; Eric Dash (2008-08-29). "Struggling Lehman Plans to Lay Off 1,500", The New York Times.
[8]http://en.wikipedia .org/wiki/ Chapter_11
[9]Lehman Lists Debts Of $613 Billion In Chapter 11 Filing Monday". Money.cnn.com.
[10]http://www.lehman. com/press/ pdf_2008/ 0922_lb_open_ under_barclays_ ownership. pdf
[11]http://money. uk.msn.com
[12]http://en.wikipedia .org/wiki/ Federal_takeover _of_Fannie_ Mae_and_Freddie_ Mac
[13]http://news. bbc.co.uk/ 1/hi/business/ 7650551.stm
[14]http://www.islamonl ine.net/livedial ogue/english/ Browse.asp? hGuestID= VeCtpd


--
Au nom d'Allah, le Tout Miséricordieux, le Très Miséricordieux.

Isn't it annoying that every time we have, an election, a bloody politician wins.

________________________________
Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!

________________________________
Is my dog anorexioc?
Listen to them share on Yahoo Answers!

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find everything

you're looking for.

Y! Messenger

Instant hello

Chat in real-time

with your friends.

Yahoo! Groups

Find balance

between nutrition,

activity & well-being.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
�      Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com     
�      Spa Q              - http://spa-q.blogspot.com     
�      Auto Insurance     - http://pdautoinsurance.blogspot.com     

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com