Messages In This Digest (1 Message)
- 1.
- Fwd: pak sloo From: Eamie Firdaus bin Mussafar
Message
- 1.
-
Fwd: pak sloo
Posted by: "Eamie Firdaus bin Mussafar" eamie.firdaus.mussafar@time.com.my
Wed Oct 8, 2008 1:02 am (PDT)
Perjalanan terakhir seorang Dolah
Hishamuddin Rais | Oct 7, 08 12:59pm
Dialkesahkan maka orang-orang kampung pun berkumpullah untuk melihat dan
melangok. Maka gendang pun dipalu dan canang dipukul. Ada yang
mencangkung,
ada yang berdiri melihat gelagat segala peri.
Ketua cawangan naik Proton
Ketua bahagian naik Wira
Kontraktor kelas F naik Honda
Putera datang naik tongkang
Puteri datang membawa kangkang
Para YB naik Mercedes
Menteri datang takut muflis
Datang berkumpul bukan menangis
Dolah berundur amatlah tragis
Mereka datang berkumpul untuk melihat muka Dolah kali terakhir sebagai
perdana menteri, sebagai presiden United Malays National Organisation
dan
sebagai pengerusi Barisan Nasional.
Mari mendengar surah saya tentang apa yang berlalu lima tahun dahulu.
Ketika Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, saya masih berada di kem
tahanan Kamunting. Berita tangisan Mahathir saya sambut dengan ketawa
terbahak-bahak.
Gambar Mahathir menangis di perhimpunan agung Ameno itu amat lucu
sekali.
Sampai sekarang saya tidak dapat melupakan kasut Rafidah Aziz yang
terpatah
kerana hendak mengejar dan mencium lutut Mahathir. Semenjak hari itu
Dolah
telah mula memasang badan sebagai perdana menteri.
Pada malam saya bakal dihantar ke kem Kamunting (Jun 2001) - surat
arahan
menahan dua tahun - telah ditandatangani oleh Abdullah Ahmad Badawi
kerana
ketika itu dia menjawat Menteri Dalam Negeri.
Pernah wartawan bertanya kepadanya tentang 10 penggerak Reformasi yang
ditahan dibawah ISA, Dolah telah menjawab "...saya tidak tahu..."
Di Kamunting, apabila saya mendengar jawapan "saya tidak tahu" daripada
Dolah, maka terlintas juga di kepala saya mungkin si Mamat ini seorang
jantan politik yang licik. Dapat mengelak soalan daripada para wartawan.
Apabila saya dibebaskan dua tahun kemudian, saya telah mementaskan
teater
Tok Sloo dan Bilik Sulit. Bilik Sulit ialah tentang Akta Keselamatan
Dalam
Negeri (ISA), manakala Tok Sloo pula teater komedi.
Dua buah drama ini telah dibawa keliling Semenanjung untuk
dipertontonkan
kecuali di Perlis.
Tok Sloo memecahkan perut saya sendiri. Saya menulis watak Tok Sloo
berdasarkan watak Dolah dan orang-orang di sekelilingnya. Dolah pada
ketika
teater ini ditulis baru sahaja menjadi perdana menteri.
Scomi - syarikat milik Kamaluddin anaknya - masih belum heboh dan masih
belum glamor lagi. Peniaga komponen nuklear BSA Tahir belum menjadi
hiasan
muka depan majalah Time.
Khairy Jamaluddin baru selesai bersunat politik kerana dapat berkahwin
dengan Nori. Kak Endon masih hidup. Kalimullah masih belum kaya-raya.
Monsoon Cup dan Jackie Chan belum pernah sampai di Seberang Takir.
Selesai pementasan keliling di Semenanjung, saya telah bertemu dengan
seorang kawan lama saya, Cikgu Hashim dari Perlis.
Kami bersembang di sebuah warung pokok ketapang di hadapan pejabat
Malaysiakini, Bangsar Utama. Sambil ketawa, sambil kami berlabun tentang
siasah semasa.
Akhirnya sampai kepada watak Tok Sloo. Kami ketawa berdekah- dekah.
Akhirnya kawan saya ini memberi satu nasihat "... kamu janganlah lawan
Dolah ini... Kalau kamu tulis keras sangat tentang dia, macam kamu lawan
orang cacat..."
Inilah kata-kata yang membuatkan saya terbarai ketawa hingga ke hari
ini.
Apabila saya duduk bersendirian di hadapan komputer dan ingin menulis
sesuatu tentang Dolah, maka saya teringat pesanan kawan itu.
Apabila saya perhatikan gerak dan tingkah laku politik Dolah, maka saya
cukup yakin bahawa susuk yang bernama Dolah ini 'orang cacat' dari segi
pemahaman politik.
Akhirnya saya menarik diri daripada mempersendakan Dolah. Saya rasakan
cukup tidak adil jika saya terus menulis tentang manusia 'cacat' ini.
Saya rasa macam saya bergaduh dengan budak-budak.
Dari awal lagi saya telah menulis bahawa Dolah ini adalah perdana
menteri
accidental - atau PM yang tidak tersengaja. Dolah tidak memiliki ciri
dan
pola yang boleh dinobatkan sebagai pemimpin negara.
Dolah dijadikan perdana menteri hasil perancangan licik Mahathir.
Mahathir tidak salah pilih, dia sengaja memilih 'si cacat' ini agar dia
sendiri akan menjadi Pak Dalang di belakang tabir.
Hanya satu kesilapan Mahathir, dia kurang sedar ada ramai dalang-dalang
lain - Khairy, Kamaludin, Kak Endon dan Kalimullah - yang juga bersiap
sedia untuk menjadi Pak Dalang kepada si Dolah.
Pada tahun pertama Dolah sebagai PM, cerita mula tersebar bagaimana
Dolah
ini suka tidur ketika bekerja atau dalam mesyuarat. Pada awalnya saya
rasa
cerita-cerita ini hanyalah 'kempen hitam' oleh musuh-musuh Dolah dalam
United Malays National Organisation.
Tetapi apabila gambar demi gambar mula muncul memperlihatkan 'Dolah
tidur',
maka saya yakin 'kecacatan' Dolah ini tidak mungkin dapat diperbaiki.
Teman-teman sekolah saya yang menjadi ahli perniagaan mula bercerita
betapa
Dolah tidak memilki keupayaan untuk mendengar taklimat projek-projek
yang
cuba dibangunkan.
Dolah tidak memiliki daya fikir yang lapang dan luas. Saya juga
difahamkan
si Dolah ini tidak membaca dan tidak memiliki daya fikir yang dapat
melihat
dengan jauh dan terperinci.
Pada pilihanraya umum 2004 Dolah telah diberikan mandat besar tetapi
Dolah
kurang arif untuk memahami makna mandat itu. Semua perancangan yang
dibuatnya tinggal terbengkalai setengah jalan.
Dolah mengajukan Islam Hadhari, tetapi saya juga was-was apakah Dolah
sendiri memahami konsep yang diajukannya itu.
Para kroni Dolah makin naik tocang. Mereka membedal dan membelasah apa
sahaja dana negara yang boleh mereka sebat. Dolah sebenarnya tidak
memahami
satu pun teori ekonomi, jauh sekali untuk menghadam pergolakan politik
global.
Dolah bukan seorang insan yang jahat, ganas dan licik seperti Mahathir.
Dolah tidak memiliki sifat membunuh seteru politiknya. Dolah ini seorang
yang warak dan berperangai baik. Dolah seorang ritualis agama.
Kalau di kampung saya di Jelebu, Dolah ini akan dilantik sebagai Tok
Siak.
Sekali-sekala kalau Tok Imam masjid demam, mungkin dia akan dibenarkan
mengepalai sembahyang.
Dalam adat Perpatih di Jelebu, Dolah ini tidak akan duduk di anjung
rumah
bersama kepala adat. Dia akan duduk di tepi pintu untuk mengangkat
dulang
dan cawan.
Kalau di penanggah di kampung saya, Dolah ini akan menjadi pengacau
beras
di kawah ketika kenduri-kendara - tidak lebih daripada itu.
Akhirnya Dolah betul-betul menjadi watak Tok Sloo. Ada kesedihan juga
dalam
hati saya apabila Dolah berundur. Saya sedih dan kasihan melihat Dolah
yang
'cacat' ditibai Muhyidin yang menjadi suruhan Mahathir.
Dolah terkapai-kapai hilang nafas.
Penasihat-penasihat politik Dolah hanyalah budak yang baru bersunat
politik
- tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada meminta tandatangan
akhir
dari Dolah untuk projek-projek skim cepat kaya.
Apakah agaknya yang akan kita ingati tentang Abdullah Ahmad Badawi
sepuluh
tahun dari hari ini?
Mungkin kita akan teringat tentang Dolah yang suka tidur. Atau Dolah
bapak
mentua KJ. Atau Dolah yang cuba membuka ruang demokrasi di Malaysia
tetapi
telah digagalkan oleh Mahathir kerana bekas PM itu telah menyediakan
budak
suruhannya yang akan bersumpah bersetia agar tidak dihantar ke Mongolia
untuk menjadi duta.
Hari-hari akhir seorang Dolah sampai
Kamal datang dengan Scomi
KJ datang dengan Nori
Kali datang dengan AirAsia
Jeanne datang dengan kain tudung baru
BSA Tahir datang memakai topeng
Saat akhir akan berlalu
Mereka amat bersedih dan terharu
Dolah terlupa memakai celana dan sepatu
Maka demikianlah berakhir kesah Tok Sloo
Untuk dijadikan tauladan dan sempadan
Dari anak kepada cucu dari cicit kepada menantu
Untuk jadi ingat-ingatan sepanjang zaman
--
^ _ ^
MKSuzen
FrIeNd FoR EvEr
~Orang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan &
belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik.~
.
<http://geo.yahoo.com/serv? s=97359714/ grpId=20326917/ grpspId=17051179 77/
msgId=21584/stime=1223452324 /nc1=5008816/ nc2=5379228/ nc3=5170416>
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment