20081006

Kereta Hasbullah ditembak polis?

Basiron Abdul Wahab

Sebaik selesai solat Aidilfitri di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Padang Tengku, orang kedengaran suara riuh rindah diluar bangunan Markas.

"Kereta Bulah (Hasbulllah) ditembak polis, ..Bulah ditembak polis..bla..bla.."

Dalam hati penulis berkata..'biar betul tak kanlah polis tembak Hasbulah, apa kesalahannya sehingga dia perlu ditembak.'

Setelah mendekati kumpulan orang ramai yang sedang sibuk memperkatakan tentang kereta Hasbulah ditembak. Nyatalah apa yang dikata, kereta Hasbullah memang betul terkenakan tembakan berdasarkan kesan yang masih terdapat pada kenderaan Proton Wiranya itu.

Penulis mendekati mangsa Hasbullah Bin Ludin 38, dan bertanya kepada di mana kejadian itu berlaku.

Hasbulah yang masih dalam keadaan terkejut itu menceritakan, ketika itu beliau melalui jalan Padang Tengku-Kuala Lipis dekat kampung Teha /Selindang dan ternampak seorang lelaki berpakaian seperti anggota polis sedang melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaan dihadapannya yang melalui kawasan itu.

Waktu itu kira-kira jam 7.30 pagi, Hasbullah tiada pilihan lain melainkan melalui juga kawasan itu untuk pulang kerumah keluarganya di kampung Berchang.

Beliau cuba mengelak dengan memecut laju dan cuba memotong sebuah kenderaan lain, tetapi kepantasan peluru mengatasi kelajuan kenderaannya dan terkena juga tembakan yang mengenai tayar belakang sebelah kiri keretanya.

Dua lagi peluru mengenai cermin belakang dan penjuru seeblah kiri cermin lalu menembusi kerusi tempat duduk belakang dan hadapan kenderaanya.

Kejadian itu benar-benar mencacatkan keheningan dipagi raya, 1 syawal lalu, seluruh negara dikejutkan dengan kejadian tembakan 'ala ramboo' tersebut di mana 58 das tembakan dilepaskan oleh seorang pemuda beruniform seperti Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Hasbulah berkata, beliau bernasib baik kerana tembakan tersebut tidak mengenainya, serta orang lain, katanya semasa itu beliau tidak panik sebaliknya mampu berfikir dan menundukkan kepalanya sambil memandu untuk menyelamatkan diri.

"Salah satu daripada tembakan itu menembusi cermin belakang dan keluar di sebelah pintu kananya kereta, ia sangat hampir dengan kepala saya, jika saya tidak menundukkan kepada sudah pastilah kepala saya akan menjadi sasaranya," ceritanya.

Hasbullah menyifatkan kejadian itu sebagai suatu yang pelik dan menghairankannya, bagaimanapun seorang anggota polis boleh bertindak membahayakan keselamatan orang awam.

"Lebih menghairankan lagi bagaimana pemuda yang didakwa bertugas di negeri Sembilan itu boleh mengambil senjata dan membawa begitu jauh melepasi banyak sempadan daerah polis di Pahang tanpa disedari oleh rakan setugasnya," ujar beliau.

Difahamkan selain pistol, pemuda itu turut membawa bersamanya sepucuk rifel M-15 dan peluru!.

Bagaimanapun semua pihak bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa disebabkan tindakan pemuda tersebut.

Penulis sempat bergurau dengan Hasbullah ni kena buat doa selamat ni... Hasbullah hanya tersenyum. - mr_

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com