20081005

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1691

Messages In This Digest (3 Messages)

Messages

1.

Re: [ReSpONs] KARPAL IS STILL HAUNTED BY MAHATHIR?

Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com   azham_917

Sun Oct 5, 2008 5:17 am (PDT)

Malaysia tak perlukan orang seperti Najib Al-Tantuya. Baru jadi timbalan PM sudah terpalit dgn kes melibatkan rasuah dan satu skandal yg amat berat. Malaysia akan jahanam kalau org mcm dia yg jadi PM. Malaysia akan hancur semuanya termasuk ekonomi dan sosialnya. Pelabur asing akan semakin berkurangan dan BN akan semakin zalim lebih dpd di zaman era Mahathir..!  Pilihan terbaik pilihan rakyat untuk PM Malaysia selepas ini ialah DS Anwar Ibrahim.

--- Pada Ahd, 5/10/08, Hj Wan Mohd Yusoff <wmyusoff@tm.net.my> menulis:

Daripada: Hj Wan Mohd Yusoff <wmyusoff@tm.net.my>
Subjek: Re: [ReSpONs] KARPAL IS STILL HAUNTED BY MAHATHIR?
Kepada: ReSpONs@yahoogroups.com
Tarikh: Ahad, 5 Oktober, 2008, 7:51 AM

tak nampak, kat mana najib boleh jadi lebih mahathir? citer sikit.
 
hj wan 
 

-------Original Message----- --
 

From: Krik Koko
Date: 04/10/2008 4:47:58 AM
To: ReSpONs@yahoogroups .com
Subject: Re: [ReSpONs] KARPAL IS STILL HAUNTED BY MAHATHIR?
 

ramai dah tahu lama dah... dan ramai yg tahu Najib akan jadi lebih mahathir dari mahathir.
 
pengundi baru generasi Y sekarang nie lahir dari generasi 'baby bommer' era Mahathir.
 
mindset dan pemikiran diasuh generasi tersebut dengan mudah boleh suit cara Najib. 
 
generasi X sedar ...generasi Y nie tak mengalami economic suffercation 1998.
 
cuma yg tidak disangka rosmahlah yang banyak cripple politik Najib.
 
hmmm what goes around come around.

On Sat, Oct 4, 2008 at 11:50 AM, azeeza abdullah <jee.abd@gmail. com> wrote:

Saturday, October 04, 2008
KARPAL IS STILL HAUNTED BY MAHATHIR?
This is what Karpal said - TheStar Online | Sat, Oct 4 2008

"He said he preferred having Abdullah as the Prime Minister than his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak as the country would experience another "Mahathir era" under Najib.

"Najib was once Dr Mahathir's (former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad's) blue-eyed boy. It is bound to happen."

Deep Tots :

Karpal is very very scared of Dr Mahathir. Now that we know his weakness! Even if Tun Mahathir has left the office, Karpal is still edgy over the former prime minister's absent. Tun Mahathir has really given Karpal a true nightmare thru his life. This is what Karpal prefers;

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi should not be pressured to quit as Prime Minister despite his flaws

"Umno should not write off Abdullah as he received the people's majority."

Deep Tots :

A flop is a flop and a flaw is flaw. No discount to that! Abdullah has received the people's majority and lost 5 states and inviting more seats to the opposition. Malaysian politics are now shaky thus effect our economy to the worst in history... SHOULD WE STILL RETAIN ABDULLAH?

Please do not narrate our present economy performance to global crisis... Of course we feel the impact.. BUT WHAT HAS ABDULLAH DONE? NONE OTHERS, BLAME IT ON THE RAKYAT!This is the actual intention but he denied;

Karpal Singh denied he wanted Abdullah to remain in power instead of Najib to make it easier for the Opposition to make their move, saying, "our chances are not slimmer under Najib."

Deep Tots : Intentions are clear and the record has shown sir! Watch where you go... Remember where you've been...!

--
Au nom d'Allah, le Tout Miséricordieux, le Très Miséricordieux.

Isn't it annoying that every time we have, an election, a bloody politician wins.

 

Is he cheating on me?
2.

Krisis sub-prima sebenarnya merupakan kejayaan kapitalisme, sebuah a

Posted by: "Ahmad" ahmus@yahoo.com   ahmus

Sun Oct 5, 2008 6:11 am (PDT)

Assalamualaikum,

Tuan Pengarang Harakah
Setelah saya membaca ulasan ini saya tertarik untuk memberi komen, terutamanya bila melihat sikap 'positif' yang ditunjukkan oleh saudara pengarang Wan Saiful Wan Jan yang agak tersasar pemikiran tentang ideologi kapitalisme dan sosialisme. Bahkan krisis sub-prima di US dianggap sebagai unsur pembersih ideologi kapitalisme yang telah terkontaminasi dengan sosialisme. Dengan kata lainnya bahawa pengarang tetap memadang bahawa ideologi kapitalisme telah 'disucikan' dari unsur sosialisme, bahkan krisis sub-prima dikatakan 'kejayaan kapitalisme'. Saya amat bersetuju bahawa krisis sub-prima dan agihan pendapatan yang tidak setara dalam sistem kapitalisme telah berjaya membawa kehancuran kepada Ekonomi dunia. Lihat sahaja bagaimana agihan kekayaan di AS sendiri secara
puratanya kita boleh selidiki bahawa 20% kekayaan negara dipegang oleh 80% penduduk, manakala 20% bilangan penduduk yakni termasuk pemodal-pemodal yang kaya memegang kekayaan negara. Bahkan lebih teruk lagi ada berpendapat bahawa kekayaan ini diagih mengikut 90-10, menerangkan dengan jelas oleh keluk Lorentz negara kapitalis.

Wan saiful secara simplistik menyalahkan unsur sosialisme dalam penubuhan Freddie Mac dan Fannie Mae, dengan kata lain krisis subprima di AS sebenarnya onar sosialisme yang diadun dalam kapitalisme. Namun pengarang ini sebenarnya tidak faham bahawa unsur 'sosialisme' inilah yang telah berjaya menghidupkan kapitalis yang satu masa dulu hampir lumpuh setelah diserang oleh ideologi sosialisme terutamanya komunis. Kapitalis Barat yang mengagungkan Mekanisme Harga dalam pasaran barangan dan perkhidmatan telah mengabaikan golongan buruh murah kerana kuasa beli mereka adalah rendah dan kebajikan mereka ini telah tidak terjaga
bahkan ada yang sampai berkerja 18 jam sehari di kilang-kilang pengeluaran. Akhirnya kepincangan besar ini telah memicu kelahiran ideologi sosialisme terutamanya komunis yang memperjuangkan kesamarataan mengikut kaca mata sosialis-komunis, kaum buruh (proletariat) akhirnya amat tertarik dengan asas ini dan mereka sanggup melakukan mogok, demonstrasi dan rusuhan untuk majikan memenuhi tuntutan mereka itu. Bahkan serangan propagandan dari Komunis tidak dapat ditangkis lagi oleh negara-negara kapitalis pada masa itu iaitu;
Pertama; kapitalisme memanipulasi proletariat dan kebajikan mereka tidak terbela
kedua ; kemuncak kepada ideologi kapitalisme adalah penjajahan.

Untuk menangkis propaganda ini, kapitalisme terpaksa berpatah arang dengan memperkenalkan istilah 'keadilan sosial' (social-justice), yang mana kebajikan pihak buruh dijaga, mereka berhak untuk mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan sebagaimana pihak Borguis. Mereka
terpaksa mengorbankan "Mekanisme Harga" yang mereka agungkan pada masa itu dalam aspek ini, dengan kata lain mereka terpaksa mengimport konsep-konsep sosialisme kedalam ideologi mereka, untuk mengelakkan rakyat mereka berpindah ke ideologi baru iaitu Komunis yang semakin mendapat tempat di dunia pada ketika itu.

Manakala untuk mengelakkan propaganda Komunis bahawa kemuncak ideologi kapitalis adalah penjajahan yang mana, kemuliaan yang ada pada negara kapitalis pada masa itu adalah sebanyak mana mereka berjaya menjajah negara-negara. Negara-negara kapitalis telah berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada negara di bawah jajahan mereka, namun konsep penjajahan era baru diperkenalkan dalam pakej pinjaman untuk pembangungan dan kemajuan diperkenalkan.

Inilah wajah kapitalis yang sebenar yang mana mereka sanggup berbuat apa sahaja, menjajah, memperkenalkan konsep sosial justice untuk mengekalkan ideologi mereka dan juga mereka tidak takut
untuk melakukan pembunuhan massa dan berperang semata-mata untuk menjaga kepentingan mereka. Lihat sahaja pengeboman Vietnam oleh AS pada zaman Presiden Nixon adalah semata2 untuk menghalang kemaraan ideologi sosialis komunis merebak ke Asia Tenggara. Sekarang mereka melakukan perkara yang sama di Iraq semata-mata untuk mendapatkan minyak dan di Afganistan semata-mata untuk menyiapkan paip minyak merentasi Afganistan. Yang menjadi mangsa adalah umat Islam yang tidak berdaya, kemudian diciptakan konspirasi dan peristiwa 'keganasan' untuk mengesahkan tindakan mereka.

Jadi saya menyeru kepada Wan Saiful untuk melihat Sistem Kapitalisme sebagaimana ideologi itu, mekanisme harga tidak seindah budi bicara Adam Smith dalam The Wealth of Nations juga tidak semolek make-up yang dibuat oleh RAND institute, Kalau kita ingin membincangkan kapitalisme tulen, tanpa tokok tambah maka saudara bolehlah menunggu kucing bertanduk.. Wajah buruknya telah terserlah di serata dunia, kesan kehancuran semakin terserlah dengan jatuhnya beberapa syarikat kewangan besar akibat dari krisis sub-prima yang diciptakan oleh sistem itu sendiri, jangan pula kehancuran itu kemudian yang kita salahkan adalah SOSIALISME? Sedangkan Sosialisme yang dimaksudkan itu telah berjaya menyelamatkan kapitalisme dari kejatuhan sejak era tahun 1960an lagi.

Setelah umat Islam dicemari dengan sistem Ekonomi Kapitalis dan Sosialisme, maka sudah masanya kita melihat sistem Islam sebagai sebuah cara hidup. Yang mana sistem Islam bukannya satu sistem yang berdiri atas dasar scarcity (kekurangan), atau utiliti atau mekanisme harga.

Sistem Ekonomi Islam yang berdiri atas dasar yang jelas iaitu;
1) Almal-Lillah (harta itu milik Allah) - 24:33
2) Manusia adalah orang yg menguasainya sahaja Al-Hadid :7
3) Peredarannya adalah wajib (haram beredar di kalangan orang kaya) 59:7
4) Kanzul Mal haram (menghilangkan pusingan mata wang adalah haram) 9:24
Bahkan ada beberapa cendikiawan yang mengatakan Islam adalah pertengahan antara kapitalis dan sosialis. Namun saya tidak bersetuju dengan pemikiran sebegini kerana Islam adalah sebagai sebuah ideologi tersendiri dan bukannya berada dititik purata ideologi ciptaan manusia.

Saya juga sanggup berdiskusi secara terbuka dengan Wan Saiful Wan Jan sama majlis tertutup atau terbuka tentang topik ini.

sekian wassalam
Ahmad Mustafa
Kuala Lumpur  200810052100

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus

--- On Sun, 10/5/08, harakah daily <harakahdaily@yahoo.com> wrote:
From: harakah daily <harakahdaily@yahoo.com>
Subject: [harakahdaily] Krisis sub-prima sebenarnya merupakan kejayaan kapitalisme
To: harakahdaily@yahoogroups.com
Date: Sunday, October 5, 2008, 12:12 PM

Krisis sub-prima sebenarnya merupakan kejayaan kapitalisme






Wan Saiful Wan Jan


Sun | Oct 05, 08 | 11:11:40 am MYT






Mereka yang berhaluan Kiri dan golongan sosialis mungkin beraya besar
tahun ini. Apa tidaknya. Amerika Syarikat sedang menghadapi ancaman
krisis ekonomi yang hebat.

Iklan
 



 


 
 


Amerika Syarikat yang dianggap sebagai lambang kemegahan kapitalisme kini berada diambang keruntuhan ekonomi.

Maka tidak pelik jika ramai yang terpengaruh dengan tuduhan golongan
Kiri dan puak sosialis bahawa ini juga lambang keruntuhan kapitalisme.


Mereka sebenarnya tersilap.
Sosialisme merupakan satu fahaman yang membawa kepada
campurtangan kerajaan dalam pelbagai hal termasuklah dalam urusan
ekonomi.
Golongan sosialis dan mereka yang berhaluan Kiri beranggapan bahawa tidak salah untuk kerajaan menubuhkan dan menjalankan
syarikat perniagaan, ataupun menjadikan syarikat korporat
sebagai hak milik negara. Mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan
wang rakyat untuk menyelamatkan (bail-out) syarikat-syarikat tertentu.
Mereka menafikan keberkesanan sistem pasaran dalam menghukum dan membuang syarikat yang melakukan kesalahan.

Leon Louw, pengarah Yayasan Pasaran Bebas Afrika Selatan telah
menulis satu artikel mengenai hal ini dan beliau menghuraikan dengan
cermat latarbelakang Freddie Mac dan Fannie Mae.
Tulisan Louw boleh membantu kita memahami situasi yang sedang berlaku.
Maka saya akan memetik beberapa fakta yang beliau nyatakan. Fannie Mae dan Freddie Mac, dua syarikat gergasi di Amerika
yang menjadi penyebab masalah yang kita hadapi sekarang, sebenarnya
ditubuhkan atas dokongan kerajaan Amerika, atau dikenali sebagai
'Government Sponsored Enterprises' (GSE).
Mereka ditubuhkan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Amerika mendapat
pinjaman perumahan. Matlamat utama kerajaan Amerika pada waktu itu
ialah untuk membolehkan lebih ramai rakyat Amerika membeli rumah,
termasuklah golongan berpendapatan rendah.
Dalam rangka mencapai matlamat mereka, syarikat-syarikat ini telah
mendokong kredit dan pinjaman subprima yang jauh melangkaui tahap
pinjaman yang munasabah. Tetapi mereka terus disokong oleh pelabur
kerana kedua-dua syarikat ini dianggap sebagai dilindungi oleh
kerajaan. v
Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) ditubuhkan pada
tahun 1938 oleh kerajaan Presiden Roosevelt di bawah agenda New Deal
yang amat banyak dipengaruhi oleh idea-idea sosialisme.
Fannie Mae mencipta satu 'pasaran pinjaman peringkat kedua' dengan cara
membeli pakej pinjaman daripada bank secara pukal, lantas menyatukan
pakej-pakej itu sebelum dijual semula kepada pelabur domestik dan
antarabangsa.
Federal Home Loan Mortgage Association (Freddie Mac) pula ditubuhkan
oleh kerajaan Amerika pada tahun 1970 kononnya untuk menjadi persaingan
kepada Fannie Mae. Jika digabungkan, aset kedua-dua GSE ini amat besar,
iaitu 45 peratus lebih tinggi daripada aset Citicorp, bank terbesar di
Amerika.
Jumlah pinjaman yang mereka biayai melebihi USD$5 trilion. Fannie Mae
sendiri sahaja membiayai pembelian 55 juta rumah, satu jumlah yang amat
banyak. Kedua-dua GSE ini mendapat subsidi kerajaan bernilai USD$6.5
bilion setahun. Kedua-dua syarikat ini terus menikmati dokongan kerajaan.
Bekas Gabernor Federal Reserve Alan Greenspan pernah menyebut bahawa
"Pasaran menganggap bahawa kerajaan menjamin operasi syarikat itu".
Vernon Smith, pemenang anugerah Nobel, pula pernah menyatakan bahawa
syarikat-syarikat GSE sebenarnya merupakan syarikat yang ditanggung
oleh semua pembayar cukai. Maka, walaupun kedua-dua syarikat ini beroperasi dalam
'sistem kapitalis' Amerika Syarikat, mereka sebenarnya menikmati faedah
daripada polisi sosialis seperti subsidi dan perlindungan kerajaan.
Malahan, mereka ditubuhkan pun atas prinsip sosialisme! Ini membolehkan
mereka terus mendokong penawaran produk yang mungkin tidak dapat
bertahan lama dalam sistem pasaran terbuka sebenar � iaitu pinjaman
subprima. Mereka berani mengambil risiko yang terlalu besar, dan
pelabur pula terus melabur, kerana mereka dilihat sebagai dilindungi
kerajaan. Kegagalan Freddie Mac dan Fannie Mae sebenarnya mendedahkan
betapa bahayanya jika kerajaan masuk campur dalam urusan ekonomi dan
perdagangan secara berlebihan.
Apabila kerajaan menubuhkan atau mempertahankan syarikat-syarikat
tertentu yang beroperasi dalam pasaran, kerajaan mencipta satu persepsi
bahawa walau apa sekalipun yang dilakukan oleh syarikat-syarikat
berkenaan, ia tetap selamat.
Pelabur akan berfikiran bahawa kerajaan pasti akan menyelamatkan
syarikat itu dan risiko pelaburan mereka rendah walaupun aktiviti
syarikat itu berisiko tinggi.
Maka tidak ada apa-apa yang menghalang pelabur, dan ekekutif syarikat
tersebut daripada meneruskan strategi tidak bertanggungjawab
termasuklah memberi pinjaman kepada mereka yang sebenarnya tidak mampu.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat ini memastikan agenda politik
kerajaan tercapai, iaitu membolehkan rakyat membeli rumah walaupun
mereka sebenarnya tidak berkebolehan untuk membayar balik pinjaman. Gerald Driscoll, pakar ekonomi daripada Cato Institute,
mengatakan bahawa apa yang berlaku di Amerika sekarang adalah akibat
daripada sistem 'kapitalisme kroni'.
Driscoll berpandangan bahawa ahli perniagaan dan ahli politik
bersekongkol dalam hal ini. Ahli-ahli politik telah mencipta syarikat
gergasi menggunakan wang rakyat dan dengan jaminan perlindungan
kerajaan.
Lantas syarikat itu pula kadang kala memberi sumbangan kepada agenda
politik tertentu. Jika kita mahu membandingkan dengan Malaysia, ini
boleh berlaku apabila syarikat-syarikat yang didokong kerajaan
membiayai atau memberi subsidi kepada agenda politik tertentu. Kita bernasib baik kerana sistem pasaran bebas dan
kapitalisme akhirnya mendedahkan salah laku dan ketamakan
syarikat-syarikat ini.
Sistem pasaran bebas dan kapitalisme telah menghukum syarikat-syarikat
yang melakukan kesalahan seperti Freddie Mac, Fannie Mae dan lain-lain
lagi.
Jika diturut sistem kapitalisme, maka syarikat-syarikat ini akan
terpaksa gulung tikar. Malangnya, elemen-elemen sosialis dan ahli-ahli
politik pragmatik dalam pentadbiran Amerika masih mahu melindungi
Freddie Mac dan Fannie Mae, mungkin untuk mencapai faedah politik
jangka pendek (pilihanraya Amerika akan berlangsung tidak lama lagi).
Keruntuhan Fannie Mae dan Freddie Mac sebenarnya merupakan kejayaan
kapitalisme dan pasaran bebas dalam mendedahkan salah laku dua syarikat
bantuan kerajaan tersebut. Ia bukan kegagalan kapitalisme. Sebaliknya ia membuktikan
keampuhan kapitalisme dan pasaran bebas dalam menghukum salah laku dan
ketamakan yang keterlaluan. Jangan pula kita dikelirukan oleh puak
sosialis yang cuba menangguk di air keruh.

(Wan Saiful Wan Jan ialah Editor WauBebas.org dan Ketua Pengarah Malaysia Think Tank). - mr_











3.

Re: [ReSpONs] Masing2 ada hujjah, apa nak gadoh -Politik : Baca send

Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com   azham_917

Sun Oct 5, 2008 6:37 am (PDT)

2. ejen-ejen Yahudi
Siapa ejen Yahudi? Yang pasti, ada seorang ahli Parlimen yang tidak lahir di Malaysia tetapi lahir di Kuwait dan mendapat pendidikan di Singapura. Dia ni sentiasa menyepi bila ada isu melibatkan Singapura dan dipercayai telah mempengaruhi bapa mentuanya agar membatalkan JAMBATAN BENGKOK untuk menjaga kepentingan Singapura. Dijangka, UMNO akan menobatkannya sebagai Ketua Pemuda dan seterusnya sebagai PM satu hari nanti.
 
ejen Yahudi tersebut sebenarnya ialah YB Khairy Jamaludin MP Rembau

--- Pada Sab, 4/10/08, Zahari Alwi <zaharialwi@yahoo.com> menulis:

Daripada: Zahari Alwi <zaharialwi@yahoo.com>
Subjek: [ReSpONs] Masing2 ada hujjah, apa nak gadoh -Politik : Baca sendiri lah...
Kepada: ReSpONs@yahoogroups.com
Tarikh: Sabtu, 4 Oktober, 2008, 9:42 PM

Simpanlah keyakinan sendiri. 

--- Pada Ahd, 5/10/08, Krik Koko <pep.cgi@gmail. com> menulis:

Daripada: Krik Koko <pep.cgi@gmail. com>
Subjek: Re: [ReSpONs] Politik : Baca sendiri lah...
Kepada: ReSpONs@yahoogroups .com
Tarikh: Ahad, 5 Oktober, 2008, 6:18 AM

Diorang nie gembar-gemburkan bahawa IMF datang ke Malaysia atas jemputan DSAI sebab kemelesetan ekonomi dunia 1998.
 
Kononnya DSAI cuba nak bankrupkan negara dengan pinjaman IMF seperti Indonesia dan Thailand.
 
Dulu tahun 1970 an lagi masa krisis Perang Iran dan Iraq IMF datang ke Malaysia.
 
Cuma berapa banyak yang naik dibailout termasuk company anak Tun Mahathir yg tidak disetujui oleh DSAI, rujuk kes yg berlaku di US sekarang.
 
Bulan lepas Tun Mahathir terlepas cakap pasal company yg dibailout.  Now we see!

2008/10/4 umar faruqi <faruqi03@yahoo. com>

Pelan Rahsia Yahudi untuk kuasai Malaysia!
Dilulus terbit pada Saturday, October 04 @ 13:30:20 MYT oleh TokPenghulu
Oleh melayunett

"Yahudi sedang berusaha gigih menjatuhkan Malaysia dan Melayu khususnya. Mengapa? Melayu satu-satunya bangsa yang wajib beragama Islam (DIWAJIBKAN OLEH ARTIKEL DLM PERLEMBAGAAN ) dan hanya Islam mampu mencabar Yahudi.

Suatu waktu dahulu, wujud suatu gabungan politik dua tokoh Melayu yang sedikit sebanyak membimbangkan Yahudi dan Amerika. Gabungan tersebut ialah gabungan Mahathir-Anwar.

Mahathir terkenal sebagai pemimpin berpandangan jauh dengan Dasar Pandang ke Timur dan Wawasan 2020 manakala Anwar dilihat sebagai pemimpin golongan belia Islam yang moderat, berkarisma dan telus. Gandingan mantap kedua tokoh ini berkecai apabila krisis ekonomi asia bermula. Artikel ini akan membongkar isu-isu berkaitan Anwar, Malaysia dan Percaturan Yahudi. 

Gandingan Mahathir-Anwar musnah apabila Anwar tidak setuju menggunakan wang negara ketika itu untuk bail-out syarikat-syarikat kroni yang menghadapi masalah kewangan termasuk syarikat anak Mahathir. Anwar seterusnya didakwa atas tuduhan meliwat dan menjadi ejen Yahudi.

Majoriti ahli UMNO yakin tuduhan liwat ke atas Anwar adalah fitnah tetapi kebanyakan mereka berkata fitnah liwat ke atas Anwar adalah TIDAK MENGAPA kerana ANWAR EJEN IMF DAN EJEN YAHUDI.

Terlebih dahulu, dibentangkan bukti-bukti bahawa fitnah UMNO bahawa Anwar ejen yahudi ini tidak berasas. Selepas ini, apabila pembaca diserang oleh makcik-makcik kampung dan Felda yang menjaja cerita bahawa Anwar ejen Yahudi, mudah-mudahan anda mampu menjawabnya secara ilmiah.

Berikut hujah-hujahnya:

1. Anwar tidak materialistik!

Rekod Anwar selama memerintah adalah bersih dari rasuah. Beberapa hari sebelum pilihanraya Permatang Pauh, Anwar difitnah menerima rasuah beberapa billion. Sebaik saja selepas pilihanraya, fitnah ini hilang serta-merta.

Kalau Anwar ejen Yahudi, Anwar tentulah bersikap materialistik. Anwar terkenal sebagai seorang yang telus dan tidak sibuk membuat duit seperti pemimpin-pemimpin BN.

2. Anwar dipenjara!

Seorang yang sanggup menggadaikan bangsa dan negara akan memilih untuk melarikan diri ke negara asing dan mendapatkan perlindungan politik. Anwar tidak pernah lari sebaliknya tinggal dipenjara. Ini tidak konsisten dengan sikap seorang opportunis yang sanggup menjadi ejen Yahudi.

3. Anwar BEKAS TIMBALAN PM!

Kepada SB-SB, antara hujah kurang cerdik yang selalu dijaja ialah gambar-gambar Anwar berjumpa dengan tokoh-tokoh antarabangsa dan pemimpin negara lain termasuk yang berbangsa Yahudi. Memang lazim bagi seorang tokoh antarabangsa seperti Anwar berjumpa dengan tokoh-tokoh lain. MESKIPUN BEGITU, Anwar bertegas dengan mereka dalam hal prinsip. Anwar lantang menegur Amerika berikutan serangan ke atas Iraq dan dalam isu-isu lain.

4. Isu IMF

Cukuplah saya katakan bahawa negara-negara jiran seperti Singapura yang tidak menambat matawang mereka ketika kirisis ekonomi dulu kini sudah lebih maju dari Malaysia. Keengganan menambat ringgit oleh Anwar boleh difahami. YANG LUCUNYA, bila Najib enggan menmbat ringgit, berjela-jela ahli UMNO membelanya. Kononnya krisis ekonomi kali ini TAK BERAPA SERIUS LAGI. SLOW BETUL!! Kerugian global sudah lebih trillion menurut kejatuhan Dow Jones dan Amerika melaporkan inilah kejatuhan ekonomi PALING TERUK dalam 3 dekad ini.

Cerita kononnya syarat-syarat IMF akan membankrupkan Malaysia memang senang dibuat kerana akhbar tidak pernah memberi ruang kepada Anwar menjawab. Macam AFTA la, takkan kita setuju dengan semua syarat-syarat.

BERBALIK KEPADA MASA KINI.

Ekonomi dunia sedang menuju kemelesetan global dan Malaysia jelas tidak bersedia. Politik kita tidak stabil, ekonomi tiada perancangan, rakyat hidup semakin susah dan penggangguran akan semakin menjadi-jadi.

Biarlah saya menjelaskan urutan kemelesatan global ini agar ahli-ahli UMNO dan PR akan faham kesannya kepada anda:

1. Harga barang akan naik. Barang-barang khususnya barang import akan naik harga. Makanan juga akan naik harga kerana kos keseluruhan meningkat. Dalam masa 2-3 bulan, kenaikan akan semakin kelihatan.

2. Ramai orang diberhentikan.
Syarikat-syarikat international akan mula ditutup. Kesannya, pengangguran akan semakin berleluasa kerana ramai akan diberhentikan. Bukan saja ahli PR, anak-anak ahli UMNO juga akan menganggur pada waktu itu.

3. Restoren-restoren gulung tikar
Bila kemelesatan berlaku, yang paling awal gulung tikar ialah peniaga restoren kerana masyarakat akan berjimat dan tidak makan diluar.

3. Kedai kecil & peniaga kecil
Peniaga kecil dan kedai-kedai runcit juga akan gulung tikar kerana masyarakat akan hanya ke pasaraya besar seperti Tesco (milik Yahudi) untuk berjimat.

Amerika bertanggungjawab ke atas kemelesatan global kali ini. Sebahagian besar ahli Kongres Amerika Yahudi dan kemelesatan ekonomi global akan memundurkan negara membangun termasuk negara-negara Islam.

YAHUDI akan menguasai Malaysia bukan melalui Anwar tetapi melalui perancangan teliti yang akan didedahkan di sini:

1. melalui Singapura.
UMNO di anggap oleh sebahagian rakyat telah "menjual" Johor melalui Wilayah Pembangunan Iskandar apabila menerima Singapura sebagai pelabur utama. Sejarah Batu Putih dijangka berulang! Singapura sangat dipengaruhi Yahudi dan ketenteraan Singpura dlatih sendiri oleh YAhudi. Mereka yang berada dalam bidang ketenteraan boleh mengesahkan hal ini.

2. ejen-ejen Yahudi
Siapa ejen Yahudi? Yang pasti, ada seorang ahli Parlimen yang tidak lahir di Malaysia tetapi lahir di Kuwait dan mendapat pendidikan di Singapura. Dia ni sentiasa menyepi bila ada isu melibatkan Singapura dan dipercayai telah mempengaruhi bapa mentuanya agar membatalkan JAMBATAN BENGKOK untuk menjaga kepentingan Singapura. Dijangka, UMNO akan menobatkannya sebagai Ketua Pemuda dan seterusnya sebagai PM satu hari nanti.

Untuk mengatasinya, KITA MESTI MENOLAK KEPIMPINAN LEMAH DAN PENUH RASUAH OLEH UMNO dan menggantikannya yang telus. Ingatlah bahawa nasib anak-anak kita yang sedang dipertaruhkan.

Wassalam.

Yang baik dari Allah, yang buruk dari Melayunet. Kepada Songkok Putih, sayonara my friend.. Take care.

(KEPADA YG SLOW, melayunet tak sama dengan melayunett).
"

Pada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Pada pengkagum Mahathir, satu hari Mahathir akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Husam Musa, satu hari Husam Musa akan mati. Pada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.

[1] http://biz.yahoo. com/ap/070312/ mortgage_ meltdown_ q_a.html? .v=1
[2] Financial crisis and bailout: 9 letters". Blogs.denverpost. com (September 27, 2008).
[3] http://en.wikipedia .org/wiki/ Hyperinflation_ in_Zimbabwe
[4] Benjamin, Matthew (September 24, 2008). "Paulson Plan May Push U.S. Debt to Post-WWII Levels (Update1)", Bloomberg.
[5] http://faculty. chicagogsb. edu/john. cochrane/ research/ Papers/mortgage_ protest.htm
[6] http://en.wikipedia .org/wiki/ Mortgage- backed_security
[7] Jenny Anderson; Eric Dash (2008-08-29). "Struggling Lehman Plans to Lay Off 1,500", The New York Times.
[8] http://en.wikipedia .org/wiki/ Chapter_11
[9] Lehman Lists Debts Of $613 Billion In Chapter 11 Filing Monday". Money.cnn.com.
[10] http://www.lehman. com/press/ pdf_2008/ 0922_lb_open_ under_barclays_ ownership. pdf
[11] http://money. uk.msn.com
[12] http://en.wikipedia .org/wiki/ Federal_takeover _of_Fannie_ Mae_and_Freddie_ Mac
[13] http://news. bbc.co.uk/ 1/hi/business/ 7650551.stm
[14] http://www.islamonl ine.net/livedial ogue/english/ Browse.asp? hGuestID= VeCtpd

--
Au nom d'Allah, le Tout Miséricordieux, le Très Miséricordieux.

Isn't it annoying that every time we have, an election, a bloody politician wins.

Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!


Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Moderator Central

Get answers to

your questions about

running Y! Groups.

Weight Loss Group

on Yahoo! Groups

Get support and

make friends online.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
�      Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com     
�      Spa Q              - http://spa-q.blogspot.com     
�      Auto Insurance     - http://pdautoinsurance.blogspot.com     

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com