20090103

Kemanakah Hala Tuju NGO Melayu Malaysia?

Dr Novandri Hasan basri

Penulis ingin merujuk kepada petikan akhbar yang disiarkan oleh MalaysiaKini. Diantaranya:-

Gabungan NGO Melayu Malaysia hari ini menggesa Raja-raja Melayu supaya membatalkan kerakyatan rakyat Malaysia yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan menuntut supaya dipertahankan kedudukan istimewa mereka seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka membuat gesaan tersebut di perhimpunan sempena sambutan Maal Hijrah yang diadakan di Georgetown.

Kira-kira 1,500 orang - termasuk 400 kanak-kanak - dari sekumpulan 20 pertubuhan Melayu, menyertai perhimpunan selama dua jam itu yang bermula jam 9 pagi (29 Disember) di Polo Ground, di luar Sri Mutiara - kediaman rasmi Gabenor Pulau Pinang......


Bagi penulis, gesaan seperti di atas merupakan satu gesaan yang paling 'keras' yang pernah dikeluarkan oleh sebarang persatuan Melayu sejak isu yang menyentuh hak-hak Melayu berkemundang di arena politik Malaysia.

Ianya straight to the point dan pedas. Sesiapa pun yang menerima info. ini pasti mengundang pelbagai spekulasi, negatif atau positif, baik atau buruk, benar atau tidak.

Paling tidak, ianya menimbulkan satu persoalan yang perlu dijawab dengan serius iaitu apakah usaha NGO Melayu Malaysia tersebut benar-benar akan mendatangkan sebarang faedah yang mampu mengoncang sesiapa yang pernah dan akan memperkotak-katikkan hak Melayu di negara ini?

Persoalan ini perlu dijawap kerana secara teorinya, usaha NGO Melayu Malaysia itu perlu dipuji kerana dapat mengumpulkan persatuan-persatuan Melayu untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai satu isu yang sebenarnya telah diterangkan dengan jelasnya oleh pihak tertinggi di dalam negara ini iaitu sultan-sultan dan dipertuan negeri. (rujuk artikel ini)

Secara peribadi, penulis ingin melihat follow-up kepada usaha tersebut. Tentunya penulis mengharapkan sesuatu yang berkesan serta mampu mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap isu hak-hak Melayu.

Dalam masa yang sama, penulis juga mengharapkan agar perubahan yang mahu digesa itu lahir dari hati yang ikhlas serta bertimbang rasa oleh pihak-pihak yang selama ini menyalahguna isu hak-hak Melayu untuk berlagak hero kepada bangsa mereka.

Realitinya, hak-hak Melayu perlu dipertahankan oleh semua bangsa, bukannya bangsa Melayu sahaja.

MINDA INTELEK MELAYU

1 comment:

jazrul said...

saya tahu man hala mereka

malaysia seo

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com